Saturday, January 1, 2011

Goodbye 2010

welkaming 2011.
ouh, sedar tak sedar, kite dah meninggalkan 2010.
n for me, 2010 adalah tahun yg penuh liku2 mcm sungai pahang. cis. namun ape yg aku na marahkan. tu sume dah tertulis.

ternyata semua tu dah berlalu namun ade beberapa perkara yg meninggalkan kesan begitu mendalam dlm diri ni, juga pd masa2 akan dtg.

bermula januari hingga april, mula belajar berdikari. berdikari dlm bentuk survivor. berhadapan dgn dunia pekerjaan, perangai manusia, menjadi org bawahan, dan berhadapan dgn si ex-boifren yg mahukan keadilan. ah, jiwe kacau di hujung2 praktikal sehingga menjadikan aku sorg yg sgt berani menghadapi ape saje, sehinggalah ke tahap ugutan bunuh. dan akibat dr kehidupan sntiasa diburu tu menjadikan aku sgt membenci kota kuala lumpur.sehingga hari ni.

pun begitu, dunia praktikal telah meluaskan lg meter sosial aku. mempunyai teman2 yg sgt happening dan sentiasa saling memahami wlpn kadang2 berdapan krisis miscommunication yg membebankan. air mata bole dikatakan jd sahabat sejati bermula bulan kedua latihan praktikal hingga tamat.ouh tidak, sehingga presentation dan report2 yg mengandungi hampir 70% kesalahan format.

dan mula dr sini juga la, aku mula mengenali erti sahabat melalui afzal. satu2 teman yg begitu byk beri perhatian terhadap aku, terutama ttg keselamatan diri. namun, tak semua perkara baek akan berakhir dgn baek.

mei. bermula la liku2 yg panjang, lebih byk duka dr suka. aku dgn rela hati nak jaga arwah tok. sgt tua, dan tak bermaya. selepas 2 org gaji lari meninggalkan tok, aku nekad mengambil alih. wlpn perit dan kdg2 hilang sabar, namun cinta pd arwah tok tak pernah pudar. stp hari jam 3 pagi dah bangun, bg mkn ubat, teman minum nestum dan kdg2 arwah tanak tido lg. sehingga jam 6, sudah bgun menyiapkan sarapan pagi. begitulan sehingga tugas tu menjadi serasi dgn jiwa aku.

birthday. spt selalu. aku jarang meraikan hari lahir aku. sudah lame sbnarnye. tp syukur, family masih ada yg belikan kek, wlpn hadiah hanyalah wang tunai yg skang da abis guna pun. dan teman, si arul yg sntiasa ada wlpn birthday kali ni tidak dpt disambut dgn sempurna gara2 tanggungjawab menjaga arwah tok. tak mengapa.ade ape dgn selebret besday?

juga berita gembira utk family, kakak's engagement. we love you.

pertengahan tahun adalah saat2 genting. menunggu tawaran degree. namun akhirnye hampa. aku rase mcm tu la pengakhiran idup aku. tak dpt degree, rase spt gelap segalanya.dah la tak bersedia utk alam pekerjaan, tibe2 dah mule membayangkan pd usia 21 dah kene pegi keje. bg aku, itu sgt tidak seronok.rupenye, Tuhan masih beri ruang utk aku. syukur, keputusan tu lmbt sikit kelua. penat cekik air mata berhari2, smpai pegi menenangkan diri di pangkor.eh?haha.

july. mula bernafas di udara shah alam. ah, spt culture shock krn s.alam bkn lg melaka. melaka yg sunyi, yg serba tenteram. s.alam totally berbeza. spt kuala lumpur. ah, aku benci kl.

pilu, 15 july, tok pergi selama-lamanya. br seminggu aku tinggalkan arwah dgn org gaji baru. namun Tuhan lebih sygkan tok. sempat aku bercakap dgn arwah beberapa jam b4 arwah pergi. tok, i miss you. al-fatihah.

ogos, hubungan mula nampak goyah dr mase ke semasa. tah ape yg merubah persepsi ni.mebi sbb die mula masuk upm, mula berubah. mula kenal alam universiti yg serba mcm2.

camping di ulu yam yg merapatkan lg hubungan dgn klasmet2 bru di kenali. beberapa hari selepas kem, ramai2 menyambut Ramadhan dgn penuh kesederhanaan. juga kehilangan pak sedara beberapa minggu sblum hari raya aidilfitri. sedih krn keluarganya sgt baek, tak pernah sakitkan hati siapa2. al-Fatihah.

september menjengah.hari raya aidilfitri yg penuh dgn serba sederhana wlpn sikit hambar. pertama raya di kuala tganu, kedua kami semua merindui arwah tok. pot biasa adalah rumah tok. tp, hahaha. mula raya ke3, undangan open house dan mcm artis. tak putus2 selama seminggu, malah ade yg terskip2. teman2 skola yg sentiasa keep in touch wlpn ade antaranya yg sanggup beri alasan krn tak sanggup berjumpa individu tertentu.

birthday arul. penat merancang segalanya, dan berlangsung dgn sempurna. bg aku, aku sentiasa penuh dgn kejutan kalau aku nak. so bear with it. namun penghujung september, segalanya berubah. berubah hingga kini.

oktober dtg dgn penuh kedukaan. sebulan. aku ilang arul. salah phm yg tade penyelesaian lgsung. 2 minggu berendam air mata, duka terubat dgn kehadiran teman lama. namun tah mane silapnye, kehadirannye menjadi beban pd arul. menjadi luka pd die. dan menjadi penyesalan pd aku. berharga sesebuah persahabatan tu, tak semestinya mesti memiliki. sebulan berendam air mata, membawa aku mencari sesuatu yg tak pasti yg akhirnye membawa duka pd ketiga-tiga pihak. bulat, aku bukanlah teman yg baek. maafkan aku. namun aku sntiasa berusaha utk sesuatu.

welkaming ahli keluarga baru. november, aku recover hampir 80% dgn perkahwinan kakak. happy utk mu sis. byk membizikan diri wlpn tahu tak termampu menanggung rasa. sakit di dalam hanya Tuhan yg tau betapa aku memendam, memberontak.

aidiladha bersederhana. dan konvokesyen. pertama kali dlm hidup pakai mortar board. pertama kali mengenggam satu kelulusan. setapak melangkah utk hidup lebih baek. even adik aku da pakai mortar board mase tadika. aku mane penah. dan aku berjalan dgn penuh bangga melintasi pentas luas dlm Dewan Sri Budiman, disaksikan beribu pasang mata. diploma, kelulusan pertama aku.

juga berpart time spt hanjeng. cis, mistake part time begini. harus menyesal part time di MAHA 2010.wlpn gaji tidak selumayan mana, tp bg merelease beban ditanggung, cube membizikan diri. tp tak semua yg kite harapkan menjadi. kerja keras, namun dilempar kata2 keji, hina dan makian. cukup mencabar hingga suatu detik, aku givap. namun duka2 hampir terubat dgn gaji yg di beri.ececece.

disember. spt menghitung2 utk meninggalkan 2010. terime keputusan exam pertama degree aku. syukur alhamdulillah. ape saja aku lakukan utk keputusan ini. pertama kali memiliki keputusan exam berangka 3.

berita2 gembire sblm meninggalkan 2010. mama dinaikkan pangkat menjadi guru besar di sk chemomoi. rezeki kami sekeluarga wlpn berat hati berjauhan dgn mama.

rezeki, babah n mama bwk kami berdua beradik ke china. melancong. gembira tak terhingga.
rezeki, adik diterime masuk ke SEMESTA. ouh, perit mendengar nama skolah tu. namun, kakcik doakan yg terbaik saja utk kau, Ina. belajar rajin2. jgn sia2kan peluang ni.

dan ber-new year di genting highland. ah?shitness sbnrnya. tp saje pegi utk suka2.

namun, aku tetap meninggalkan 2010 dgn penuh rasa luka. pd sesetengah individu, maafkan aku. beritau aku, ape lg cara supaya aku tak perlu lg membawa duka ni ke 2011. krn kamu tak pernah hilang dr ruang hati aku.

bye 2010.

1 comments:

nia azalia said...

sbr la bebyk d..kdg2 pngalaman 2 smua mngajar kta ttg khidupan..sries izyan ckp jeles sbb d lg byk pngalaman hdup bbnding dri ni..wlaupn pngalaman 2 phit d,trima yg phit 2 sprti madu.smoga thun 2011 nie mmbawa seribu mkna wt d..keep in t0uch ya!!

Post a Comment