bercerita soal bus, aku mmg sensitif terutama bus di uitm.
baru 3 hari aku berumah tangga kt sini, aku da ade pengalaman pahit bersama bus2 uitm dan tntu sekali pengalaman ini boleh ditulis dlm buku biodata kwn2 sebelom abis degree nanti. buku biodata dimana yg bole di bawa blk utk dihiasi dgn stiker2 hello kitty atau pokemon dan ditulis dgn menggunakan pen berwarna warni yg berglitter dan mempunyai bau perisa buah-buahan.got it?
bukan senang na explore tmpt baru.baru kt shah alam kot.aku tatau la mcm ne kalau aku dpt belajar kt oversea.i mean, aku dan jemaah yg bermasalah td. kami mula2 7 org. spt yg kite tau, ika atau name glamer beliau amber chia, selalu bernasib baik. amber chia awal2 telah menarik diri dr menyertai troop bodoh ini. amber chia mahu meluangkan masa bersama fahmy fahd atau name sebenar beliau, apek.
kami ke fakulti, satu bas. kemudian ke pusat kesihatan utk berjumpa dgn abg kacak semata2, satu bas. kami ke kfc krn masing2 telah menunjukkan muke gastrik.ye, ke kfc tidak memerlukan bas.hanyalah tenaga kaki. tercipta satu pengalaman gembira utk aisyah ahmad krn beliau telah berjumpa seorg rakan baru di trafic lite uitm. aku harap aisyah ahmad dpt isi ruangan pengalaman manis beliau dlm buku biodata aku nnti dgn insiden ini.
pulang dr kfc, kami bercadang na explore bandar shah alam. kekonfiusan bermula. kami melompat ke satu bas utk keluar semula dr uitm selepas menapak masuk ke uitm dr kfc. got it?
perjalanan bas kelihatan menghairankan dan akhirnye kami diturunkan di depan kfc tmpt kami mkn td.kate driver bas, bas tu da na blk ke depoh.ala2 pusing2 mkn angin dlm bas je la kn.demit sgt kn. tak nak kalah ni,tggu bus utk masuk dlm uitm pulak dgn harapan bas yg kami naek ni akan keluar lg dr uitm selepas die masuk uitm utk hantar budak2.
akhirnye, kami berhenti di kolej saje.kite explore kt expo je la ye. aku xpaham mengapa cerita ni perlu berakhir mcm ni.mcm tak adil je perkara ni berlaku kt kami. bas yg kami naek td pun tanak kua dr uitm sedangkan bas bernombor itu la yg kelua dr uitm.
6 org gadis turun dr bas membawa muke tade erti. muke naif yg kepenatan. muke keletihan yg menunggu wajah manusia tak bersalah utk di sepak. kehampaan jelas di situ. tak pat na explore bndar shah alam punye pasal, tak memasal aku membeli belah di expo. ternyata jemaah laen pn membeli di situ. aku phm mengapa. stressful is a killer.
aku tak paham sama ada kami slh naek bus ataupun driver bus merasakan kami adalah entiti puaka ataupun kami tidak layak utk keluar dr uitm sbb tade pas pelajar. semua ini adalah mengarut dan diluar kotak fikiran. sebenarnya bas di uitm ada dua nombor shj, 604 dan 603. jd kes ini berlaku tanpa penyelesaian.
smpai di bilik, aku cube sedaya upaya menceritakan detik2 cemas ini pd en.sayang, tp die blur dan akhirnye topik terus bertukar. ah dem.
imejin, kau menunggu bas dgn haba dan pencemaran asap2 kenderaan, kau berebut2 naek bus, kau merah2 tgn mengawal keseimbangan dlm bas, kau berhimpit2 dlm bas, kau keluar singgit2 stp kali naek bas, rupe2nye kau na pegi bersiar-siar tgk uitm je sedangkan besok dan hari2 yg akan dtg kau akan bersiar2 lg di jalan itu. i mean, dlm uitm itself. destinasi yg diimpikan hanya dtg dlm titow mlm kang.dan destinasi dituju adalah expo dpn kolej yg akan tamat minggu dpn. ape jadah ni?
dan aku tatau radioaktif ape yg terkena kt aku sbb sehingga aku post entri ni aku masih tergelak2 mengenangkan tragedi pandey ni berlaku.
kate org tua, pengalaman mengajar. mengajar kn? kurang ajar ade la.