Saturday, May 7, 2011

saya kuat! takkan pernah kalah lagi dah!

just went back from jogingjongingan di tasik sec 7.
memandangkan ditinggal bersendrian oleh fara nadia yg kejenye asek balik umah je, huehuehue, aku nekad pegi joging. berhari2 sudah terperap dgn buku, tanpa oksigen ibaratnya.

ouh, jauh juga dr rumah ke tasik tu. i mean jln kaki. sengaja amik angin petang walaupun agak terik pd jam 6 ptg. sepanjang perjalanan ke tasik, ntah kemana mind aku merewang. sedar2, aku di hon moto ex5 bodoh tu. ah, kau jaoh lagi, saje na maen hon ke ape? tp sokay la, he's remind me, gaya aku spt na maen lintas je td tnpa tengok kiri kanan. menempah.

smpai tasik, aku terus berjoging. hati aku berkecamuk. tanpa aku sedari, aku berlari. bukan berjoging. aku tatau ape yg aku fikirkan sehingga satu tahap aku menangis. menangis smbil berlari adalah shitness sbnarnya wlpn ia agak memuaskan.

air mata merebas2. aku pancit. aku berhenti di tepi path joging tu, membiarkan pasang2 mata melihat. ntah ape yg membebankan smpai aku tak mampu tanggungnya lagi. aku sambung lari. lari lagi spt selalu aku buat, lari dr masalah. larian aku semakin laju. aku berjalan dan berlari kembali, namun aku tetap menangis.

melintasi sepasang kapel terhegeh2 di depan aku, menambah rasa marah dlm jiwa aku. aku benci, aku fikir lebih baek begini dr ada tp menyeksakan. pentafsiran aku begitu, tp mngkin org kata aku jeles. ignore that. aku tak fikirkannya lagi dah.

jiwa aku kosong.aku tak dpt rasa oksigen lagi di sekeliling aku. seblum tumbang dan jadi attention seeker, aku meluru ke arah bench yg ada. sambil mengesat air mata yg bercucuran tak hengat neh, aku tgk sorg pakcik dan dua anak gadisnya berlalu pergi. mungkin menyampah tgk drama melayu kat situ.ampun pakcik, sy mmg perlukan bangku ni.

aku tafahamlah ape yg aku tangiskan. mcm menangis saja2 pun ada jugak.tiba2 aku diterjah satu salam dr suara yg manis di dengar. mmg manis orgnya. aku menjawab dgn nada selamba.

"adik ni dr tadi akak tgk menangis. sambil lari pulak tu. ada masalah ya"

ya ampun, akak ni tgk aku mcm saje2 na catch attention org ke? aku diam je. tp masih tersedu sedan. wah, putus oksigen rasanya!

"sorg je dik?"
"a ah. roomate takde", saje mentioned.
"ala sian. aminah. panggil kak ami je lah"

ok skrg kakak ni na bersosial dgn aku segala bagai. I'm not in mood la kak! aku langsung tak memperkenalkan diri aku.bg aku tak penting pun sesi ni.tp anggapan aku meleset. aku spt diutuskan kakak ni utk menerangi balik jalan kegelapan aku.

"bagus la adik buat mcm ni.joging, lari, nangis pun takpe. sekurang-kurangnya adik release. dr adik buat perkara bukan2.isap rokok, isap dadah, jual kehormatan sebab bencikan lelaki yg buat kita"

waktu seakan berhenti. aku berhenti mengalirkan air mata. aku cuma cerita ape aku rasa, tertekan dgn keadaan, tidak pulak aku mentioned aku ade hal dgn lelaki. well, maybe lelaki menjadi salah satu faktor aku begini, tp aku tak blame pun. the truth is, semuanya salah aku.

aku cuba defensive.

"kdg2 kita perlu waktu bersendrian mcm ni, supaya kite dpt all out semua yg kite pendam. kite memendam sbb kite tak yakin pd org laen. kite menangis tp tatau punca sbb kite tak faham ape yg kite nak. tp Tuhan sntiasa tahu ape dlm hati kita wlpn kite berbicara bahasa fikiran sekalipun. cuma kite tak dpt mentafsirkan kemahuan kita. dan krn itu Tuhan itu Maha Agung"

aku tunduk malu. kakak ni org baek2. maaf krn aku terlalu negatif. benar. bila aku ada dgn kwn2, aku ade org na berbual, na ketawa. tp bila sndirian mcm ni, mula la aku merewang2 jaoh melayang.

ya, selama ni, aku anggap ape yg da jd kenangan tu, aku abaikan. biarlah ia tetap jd kenangan. tp sebenarnya bg aku itu salah. masa silam lah yg sepatutnya menjadi pendukung supaya kite takkan jatuh lagi.

"jgn jadikan masa silam kita sbg batu penghalang, hidup dgn menangisi segala yg da berlalu. adik dpt apa bila buat mcm tu? org yg kita syg takkan tau kita menangis utk mereka. sbb kalau mereka tahu, mereka takkan buat kita mcm ni"

aku memotong kata2 kak ami. menerangkan keadaan sebenar.

"Tuhan uji kita dgn bebanan mcm ni. dan kita mempersalahkan lelaki. totally jelas kita salahkan lelaki. tp fikirkan dik, kenapa? ada salah kita yg tidak jelas kelihatan sehingga Tuhan uji kita begini. nilai balik dik, krn Tuhan pasti menjanjikan sesuatu jika kita berpegang teguh pada konsepnya"

"senyum dik. beri kemaafan. jika kita salah, hilangkan ego yg tak menguntungkan tu. jika takut, beranikan. jika risau, yakinkan. semua nya utk diri kita dik. buat apa susah2 hukum diri sndri sdgkan hanya Tuhan yg layak menghukum hamba-hambanya"

aku lega. aku lega selega-lega perasaan. kak ami bg tisu. aku jln kaki blk rumah. menyinggah setiap taman permainan yg ada. maen buai laju2. terngiang-ngiang ayat kak ami smpai aku blk. sebelum terlupa, aku terus post entri ni supaya aku ingt smpai bila2.

aku takkan kalah lagi dah. aku takkan pernah kalah pd perasaan aku sndri.

sebelum berlalu,

"dan wajar seseorang itu menangis. keras ati mcm mane sekalipun, akan tumpah juga air matanya. manusia ni air mata bernilai. hanya bernilai bila menyebut soal mati dan cinta. lebih berharga kalau kite menangis krn cinta pd Allah, dik. jgn sia2kan air mata kita. air mata perempuan. air mata yg penuh kehormatan"

ya Allah, dr mana kakak ni dtg. ber-shawl spt gadis2 laen. katenye menunggu si suami dtg menjemput. aku sejuk. sejuk mendengar suara kak ami ni. aku harap dpt jumpa dia lagi.

"jd wanita yg kuat. yg tak pernah kalah. wanita yg tabah, adalah wanita yg yakin dgn janji-janji Allah"

InsyaAllah.

tengs kak ami.

4 comments:

rafiq said...

kak ami macam bidadari dari kayangan.
betuah kau jumpa dia.
jangan nanes2 lagi ek.
orang pegi joging cuci mata, kau buang air mata.
rugi dik.

ngesngos said...

kan.sgt baek kak ami ni...
btw,cuci mate la tu guna air mata.
tengs beb. yes, I am strong! hiks.

aisyah ahmad said...

macam dalam novel kan??rilek fazz..aku tau ko tabah sebenarnya..tapi stress dengan exam..ko pasti boleh..walau aku jauh,aku sokong ko dari belakang :)

ngesngos said...

aku tafaham sebenarnya ape yg berlaku ngn aku neh. btw, dlm novel cmni ke? aku tak biase bace novel...teringin jugak kadang2.heheheh.

tengs echah. Love you.

Post a Comment