Monday, August 12, 2013

selamat hari raya, impian!

selamat hari raya. dah tak feel kan? dah tua~

baju raya pun takde. dah la tak dpt duit raya dah, bahkan siap kene bg duit raya pulak. hahaha. tp duit raya tetap diterima dr babah n kakak.

lain rasanya. pelik. mungkin perubahan masa, usia dan waktu pulangkan kembali friendship kami, memberi kemaafan dan mula menerima teman2 yg pernah hilang suatu ketika dlu. selamat hari raya shafiq. neves, tp atas nasihat teman2 lain, yelah umo pn dah 24, yg lepas tu lepas la. kembalikan friendship kita.

seronok, mcm dpt rase balik bond kita bersama zaman dlu2. mungkin ade rezeki suatu hari nnt, moment bakar2 ayam kembali lagi. mandi sungai. amik2 gambar. naik moto, jatuh moto. seronok zaman skola. seronoknya. tp kite dimakan usia. masing2 pun dah mula langkah seterusnya dlm hidup. bertunang kawin tu mungkin akan menjadikan gap antara kita.

smlm, sedang berbual2 dgn teman lama di telefon, atas nasihat serba sedikit, buat aku terfikir. mungkin alam pekerjaan masih belum berpihak pada aku. dan mlm tu aku bermimpi aku didatangi seorang perempuan pertengahan umur dan memberi aku sebeban kertas, siap bg warning suruh siapkan sebelum presentation. keadaan waktu tu tak ubah mcm dlm sebuah kelas. what?

tadi, aku menyampaikan hasrat aku pd mama n babah sebaik saja dorg tiba dr terengganu. dorg amat menyokong niat aku utk further study tanpa teragak2. sejak dlu dorg impikan salah sorg antara kami memegang kelulusan master. tak salah kalau aku mencuba. siapa lah aku nak further study luar negara. ape salahnya kalau further universiti tempatan kan? bg aku memadai. aku bangga jd anak malaysia. haha.

doakan yg terbaik. doakan permohonan master aku memihak pd aku. tak kira lah bila intake nya, semoga aku diterima. tiba2 semangat berkobar2 nak further study. sementara tgh semangat lah aku mesti teruskan sebelum perasaan ni berubah.

Tuhan, permudahkan segalanya. impian aku setinggi gunung. ingin merasa lagi mortar board, khas utk org tua aku.

0 comments:

Post a Comment