Friday, September 24, 2010

akak

sad. sedih.kecewa.
ahh. just bcos u r my gud fren, my best sis, senior n whtsoever.

sis, i hope u read this.

*ah, ckp malay lg best. english berterabur.tak best*

ni bkn pertama kali aku cube bersusah2 utk kawan. dan aku tanak peristiwa dulu berulang lg. aku kalau boleh cube sedaya upaya mengelak dr meng-involvekan diri dlm hal2 begini. aku tau, bile sesuatu buruk berlaku, pasti aku terkene tempiasnya.sudah pasti.

namun aku bukanlah seseorg yg mudah menolak bila seseorg mohon pertolongan. dan kalau boleh, biarlah teman2 mendapat yg terbaik.

mungkin post ni mewakili sesiapa shj yg mngenali dgn mendalam siapa lelaki itu. dan salah sorgnya sebahagian dr hidupku. faz tanak tgk akak kecewa da kak. faz na tlg semampu2 yg boleh agar akak takkan menangis lagi.

sesetgh org merasa tergugat bila teman2 menasihati terutama sesuatu perkara berbaur negatif. mungkin kite perlu jadi lebih terbuka utk menerima ape yg mereka perkatakan. kite sama2 mengenali mereka kak. kite mengenali mereka pd hari yg sama,waktu yg sama, tempat yg sama. jd faz pun tak mengenali mrk dgn mendalam.

kite dgr mereka2 berbicara ttg lelaki itu krn mereka terlebih dahulu mengenali lelaki itu. apa shj yg mereka katakan, bukan kita perlu terima sebulat2nya.tp pasti ade sbb kn? ape mereka perolehi jika mereka sngaja mengada-adakan cerita? sekadar menjatuhkan lelaki itu? waktu itu, tade sape tahu kebenaran itu.

kak,
faz sayang akak. da mcm kakak faz. setahun lebih kita kenal, tp kita ada bond yg sgt istimewa. faz kenal akak, akak bukan mcm skrg. bila akak kenal lelaki itu, akak berubah. faz kecewa, seolah2 faz kehilangan. akak selalu meratapi tindakan lelaki itu. terus terang, bermacam2 label utk lelaki itu. faz tak suka die sejak akak dgn dia.

ternyata apa yg mereka2 perkatakan ttg lelaki itu benar2 berlaku terhadap akak. jd ape lg kak? ape lg yg akak nantikan? masih mengharap?faz mahu tolong. faz mahu akak gembira. tp kak, bukan dgn dia. bukan dgn dia. faz merayu.

sbg teman, sbg adik, faz menghormati perasaan akak. tp kak, faz merayu,jgn lakukan ini. faz boleh tunaikan ape shj permintaan akak. faz tak pernah lari dr luahan akak. faz sentiasa di sisi akak. tp da smpai masa akak kena terima hakikat, jodoh pertemuan semua di tgn Tuhan. kite hnye berusaha. namun ternyata tiada usaha dr lelaki itu. jd mengapa kite tercari2 sesuatu yg tak pasti?

berbuih kak. bkn faz je, kakak2 yg laen, teman2, semua menasihati, sesuatu tak kena pd lelaki itu. tp skrg, ia benar2 terjadi bukan? kak, kami nasihat krn kami syg. kami tak mahu kehilangan akak. kami mahu akak yg dulu.

kak,
akak terlalu mengharap. sbb tu akak masih tak dpt keluar dr kepompong kekecewaan akak. faz na bwk akak pergi. pergi dr kekecewaan bangsat ni. tp akak yg tak mahu. akak masih menanti, mengharap sdgkan dia? ape yg die usahakan? utk dptkan akak blk? tidak sama sekali. die lg gembira di atas kekecewaan akak.

akak ade segalanya. akak cantik luar dan dalam. akak bijak, cuma akak kurang rasional dlm bertindak. percayalah, dr pengalaman ini, kalau akak mula meneruskan sebuah cerita baru, seseorg yg lebih sesuai utk akak menanti. akak deserve sum1 better dr lelaki ini. seseorg yg boleh cintai akak lebih dr ape yg akak berikan.

kak,
cintailah org yg cintai kita.
bukan kita terburu2 mencari cinta yg bukan dtg atas nama cinta.

terima ini kak. terima kenyataan. jika benar lelaki ini mahukan akak, mahukan akak secara seluruhnya, die akan dtg mencari akak. bkn akak pergi pdnya krn telah nyata selama ini, terlalu lama akak berharap padanya. jika tidak, biarlah dia hilang dr pandangan mata akak tp bukan krn benci, tp krn kepercayaan akak pd sesuatu yg telah tertulis.

menangislah kak jika akak mahu. menangislah sepuas2nya. tp bukan menangisi kerpergiaannya, tp menangislah krn akak mahukan sesuatu. krn akak mahukan kehidupan baru yg serba bahagia tanpa mengingati si durjana yg bahagia di atas tangisan akak. jadikan tangisan akak berbaloi. jadikan tangisan itu tertebus dgn seribu rasa puas.

kak, faz sygkan akak.

1 comments:

atira said...

totaaaaalyy agree faz...:-bd

Post a Comment