Wednesday, May 16, 2012

sempurnakan aku

since insiden hari tu, dah 3 hari aku rase mcm awang-awangan, antara ada dan tiada. rasa terpukul dgn kata2 begitu. dan ternyata, bkn mudah untuk menjadi insan yg tepat utk seseorang.

rasa memendam, simpan sume rasa akhirnya membawa kpd sesuatu yg melukakan. mana nilai2 ikhlas itu selama ini? ternyata kau tak pernah telus dgn kami terutamanya aku, satu2 nya insan yg bole menerima segala kekurangan kau selama ini.

terhiris dgn kata2 satu malam, kesannya bagai selamanya. aku mula rasa terhina disisi kau. hilang segala hak2 aku bersuara di sisi kau. hilang semua senyuman yg dulunya kita miliki. itu persepsi aku. aku cuma menunaikan segala caci makian kau. supaya kau rasa senang, lebih tenang dr sebelumnya.

cemburu dgn segala apa yg kau miliki membuatkan aku bertindak tidak matang. aku hilang dlm ketidakmatangan aku sendiri. segala impian2 aku, kau terlebih dahulu memilikinya. isu tioman itu tidaklah menjadi batu penghalang pun. tp kenapa tindakan aku ke PD seolah2 tidak boleh diberi kemaafan langsung.

dr situ terbit segala kebencian yg kau pendam seumur ini. segala kau luahkan seolah2 mematikan diri aku di situ. kaku tanpa jawapan. selama ini pun, kau menjuarai segalanya. aku berikan segala keperluan. aku luangkan segala detik2 tanpa hitung.

terpenting, aku melawan segala perit derita ini sendri. bagaimana aku dicaci kerana kebencian majoriti terhadap kau. aku menanggung malu atas kata2 kau. pernah seseorang bertanya, bagaimana aku sekuat kelikir ini bersama kau? aku tidak respon sebaliknya aku merenungnya dan bertanya, bagaimana kamu mendapat soalan ini sedangkan sejauh mana kamu mengenali kami. begitu dalam perasaan ini.

berperang dgn perasaan sndri, bkn sesuatu yg mudah. bg kau, insan sekeliling tidak lebih dr satu kewujudan entiti. yg pasti, aku hak hakiki kau. jgn salah tafsir. ini kehidupan, membawa nikmat komuniti, memberi kita peluang melihat setiap perspektif dr pelbagai sudut dan akhirnya membawa ke alam yg hakiki kekal abadi. Tuhan itu Maha Mengetahui.

kesedihan ini tak pernah berkurang. malah sntiasa terpukul tiap kali merenung mata indah itu. bagaimana insan ini bersuara lantang mengherdik dan mencaci maki aku pd mlm itu. walaupun melalui panggilan telefon saja. kata2 sinis itu sntiasa di sini, di hadapan mata hati yg melihat segala perit luka.

gelak tawa bersama teman2 bkn lah batu penghalang. mereka tidak pernah tahu apa yg kita lalui. mereka hebat. mereka tercinta. hilang mereka, aku bukan lagi siapa2. begitu aku menghormati persahabatan yg aku miliki. kau tak tahu kerana hidup kau masih gah berdiri walaupun tanpa mereka. tp ingtlah, mencintai aku bkn semata2. cintailah kehidupan aku juga.

setiap patah2 kata kau mlm itu, masih jelas diruang telinga. memakan sedikit demi sedikit rasa2 ini. bagaimana kau meletakkan syarat supaya insiden malam itu berakhir begitu sahaja. ya, ia berakhir mlm itu juga. namun lukanya, peritnya.

3 hari aku menantikan satu detik supaya air mata ini tidak lg mengalir. kata kau, aku jahat. aku tidak guna. sanggup melukakan hati kau sepertimana kau babitkan teman2 yg melukakan hati kau. sedarilah, takkan ada sebab utk kami lukakan hati kau.

ceritakan pd aku ttg insan sempurna. ceritakan pd aku ttg pengakhiran yg penuh rasa bahagia. tidak akan ada. percayalah. jgn meletak harapan utk aku jd insan sesempurna kehendakmu. aku cuma manusia yg lahiriahnya sntiasa penuh dgn khilaf.

hampir setahun pertama, terlalu byk yg kau harapkan. aku menunaikan segala keinginan kau. permintaan kau, kerana aku ingin hidup bahagia. namun, mereka2 yg berhasad, pernah kau persoalkan kenapa? perit aku menanggung, pernah terbit rasa simpati? susah payah aku melawan perasaan malu dgn kata2 lancang yg kadang2 terbit dr mulutmu tanpa sengaja, pernah kau memohon maaf? tp yg jelas ketara terlihat hanyalah kesilapan aku.

kau kata, aku menghukum kau kerana ketidaksempurnaan kau. putar sedikit lagi masa kebelakang. siapa yg menghukum kerana ketidaksempurnaan itu? itu bukan kerja kita menghukum sesama manusia. itu kerja Tuhan. tidak ada makhluk di dunia ini berani melawan hukum Tuhan.

kau benci masa lalu aku. kau hina kegembiraan yg pernah aku miliki. kau caci detik2 indah aku, atas dasar kenapa aku masih merindui masa silam aku. kenapa kau tidak terlintas utk jd lebih baek supaya aku dpt melupakan masa lalu aku. kenapa kau tidak menjadikan aku bidadarimu jika aku pernah dilayan seperti seorang puteri suatu ketika dahulu.

aku tidak merayu kau menjadi sebahagian masa silam aku. aku tidak memohon kau memberi aku lebih. kau takkan jd dia. takkan jd siapa2. berubahlah utk menjadi lebih baik. perilaku memberi pandangan berbeza. lancang kata2 juga memberi rasa hormat berbeza. kawal amarahmu. jaga tutur katamu. ternyata kata2 malam td cukup buat aku rasa tidak mampu bersuara. ini komuniti. jika kau tidak pernah pedulikan tntang komuniti, fikirlah tntang aku yg perlukan komuniti utk hidup. jika keduanya tidak penting bgmu, aku faham. namun, aku tidak sesempurna mana utk diheret bersama kebiasaanmu.

tp bg aku, tak mengapa. aku insan tidak pernah sempurna. namun ternyata aku tidak mampu lagi menelan segala perit ini sndrian. terus terang, perasaan bercampur baur ini melemahkan aku. kenapa aku masih mempersoalkan masa laluku seolah2 aku masih hidup dgn angan2 masa lalu aku. krn aku rindukan kehidupan aku yg dulu. bkn krn dia.

kerinduan teman2 yg punya kehidupan serba sederhana. punya teman2 yg tidak lancang kata2nya. punya teman2 yg indah utk berkongsi segalanya. jika kau tahu bagaimana aku suatu ketika dahulu, pasti kau tertanya2.

bagaimana gadis sekeras aku pernah memakai skirt utk kesana kesini. bagaimana aku pernah mengenakan aksesori2 dan berjalan dgn penuh rasa cantik dgn lengkap bersolek. pengilat kuku, tumit tinggi, gaun, pin sana, pin sini, ribbon sana bunga sini.

hari ni kau melihat aku tanpa secalit solek, tanpa gaun, hanya jeans, tshirt, dan aku tidak lagi membawa perwatakan gadis semasa itu. yg tinggal hanya tugu beraja. pudar.namun hati aku tetap begitu, aku tetap wanita. tidak sekeras kamu.

1 comments:

nia azalia said...

d..sedih izyan bace walaupun xtaw perkara sebenar..kuatkan smgt yer..Allah bg dugaan sbb dy syg kita.

Post a Comment