Wednesday, October 5, 2011

hai October.

hello October.
dah setahun keadaan ni terbiar mcm ni. kadang2 buat aku tersenyum jugak. aku dah besar. aku da boleh berfikir. tak sperti setahun dulu.

byk benda mendewasakan aku. dewasa dr segi berfikir maksud aku. bila lihat diri jatuh selama setahun ni, ditimpa kehilangan satu persatu telah buat aku jd kuat. jd gagah utk harungi hidup ni sorangsorang.

aku pernah kata, adakalanya lebih baek kita merindui masa silam kita.

bila aku go on dgn kehidupan, bangun dari kejatuhan, aku memilih utk mencuba. mana lah tau, berhasil kan. kehadiran kamu sedikit sebanyak memberi senyuman pd aku. tp bila aku renung dlm diri kamu, kamu tak mampu utk jd org laen.

kenapa? kenapa mesti jd dia? kalau aku mahu pengganti spt dia, jd kenapa aku tinggalkan dia? aku tersnyum. aku rindu masa silam aku.

mana dia yg tak pernah tinggikan suara pada aku walau sekali? mana dia yg tak pernah berkira bertimbang bersukat dgn aku? mana dia yg tak pernah biarkan aku sendri walau waktu ape sekalipun? ya Tuhan.

aku kenal kamu, sama2 mencuba membaiki kehidupan, mengubati luka hati masing-masing. namun ternyata kamu tak mampu mengganti tempat dia. sebagaimana aku dilayan spt princess, menunaikan segala kehendak aku.

aku pernah kehilangan teman baik. dgn harapan, dia kembali. tapi ternyata tidak. dan aku melihat kamu. sprti aku akan kehilangan seorg lg teman baik. mudahnya kehilangan tu terjadi. aku tertanya-tanya. siapa yg mencipta kehilangan ini sebenarnya?

setahun hidup terumbang ambing. dibiar gantung tak bertali. hari ni Oktober datang lg. bila lagi nak beri nafas baru? kamu hanya ada di sisi aku, tp ntah kenapa, aku tetap mahu kamu jadi dia. mungkin aku perlu lebih masa. setahun belum memadai.

0 comments:

Post a Comment