Saturday, February 9, 2013

noktah.

saat terindah di saat aku mulai terasa
sempurna cintaku pada kamu tika ku bersama

kini tiada
kau balas cintaku dengan dusta
percuma cintaku pada kamu sungguh ku terseksa

tapi ku cuba mengerti
dan ku cuba untuk fahami
lewat semua waktu ku untuk dirimu

maafkanlah pintaku begitu
tak terdaya tak mampu menjaga cintamu
hapuskanlah setulus kau khianati
usah pernah tangisi
maaf sejuta kata
ku takkan cuba kembali

Friday, February 8, 2013

patah seribu cenggini

walau kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu
ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
bilakah kau akan utuskan surat buatku
aku terus menunggu tibanya kata cintamu

patah seribu hatiku
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

biar pergimu tanpa relamu
namun hatiku tetap berasa kejamnya
kau meninggalkan ku dengan nota-nota cinta buat kita berdua

bilakah ku bisa menerima ketiadaanmu
kan ku bakar semua
hapuskan semua kenangan

sayangku mohon padamu
segera tinggalkan ku
pergilah kau ke tempat yang kau tuju
pasti ada hikmah buat mu
juga buat diriku
Pergilah

back off

selamat petang.

sejuk dan sunyi. yg ada hanya bunyi mesin rumput jiran yg aku pn wonder kau nak mesin rumput ape time2 hujan ni. 2 3 hari ni rase berbeza. hati ni berbeza. tak mcm selalu. sentiasa bersemangat.

mungkin kesan result dah nak klua. tp xjugak. mungkin ade cerita di sebalik hati yg berubah ni. mungkin betul kata mereka, sifat memendam ni sangat tidak baik. jd bila beberapa perkara terpendam terlalu lama smpai jadi perkasam, aku pn mengaku kalah.

pertama, soal bertewas. siapa dan apa. aku pun tak paham kenapa dgn aku pn kau jadik. heran. kau nak bertewas dgn jiran kau ke, dgn kawan2 kau yg kaya2 tu ke lantak kau la. ini dgn aku yg takde ape2 ni? haih.  soalnya, pasal ipad je.

knp aku tak pnh tau pun pasal ipad tu selama ni? bila aku mentioned aku na beli ipad, ouhhhh tak semena-mena kau dah pun beli ipad. ha? bkn sekali ni je. dlu ade skali. aku mentioned nak beli ape tah. ouh tiba2 kau pun penah ade. mcm pengalaman jgk. aku ckp aku penah mcm ni, kau pun penah mcm tu jgk. byk kali dah nih.

rase terpinggir sbb tiba2 dah upload gmbar. tak share happiness beli ipad tu ngn aku pun? lgpun necessary ke? bkn ke phone canggih kau dah merangkumi semua? ipad tu utk apa? utk dibangga2? dibuai2 supaya org nampak, "ouhh kayanya kau"

nmpk cm ayat aku jeles ke? aku bkn jeles. cuma aku rasa pembaziran. ouhhh. bkn la aku kata kalau kau tak klua duit utk ipad tu kau boleh kawin, tp etlis takde pembaziran kat situ. dan kau boleh topup duit simpanan kau utk AIM kau katanya.  abah kau. ari tu kau kata konon ade target, dah kalau duit sesen pun pantang tgk, aku xpercaya ttg future kau. sorry. a bit harsh kat sini.

tup tap tup tap dah upload. dah complete katanya. aku, mak aku tgk gmba instagram tu sama2. mak aku pun wonder. even mama pakai note tu pun tak pakai ipad sgt sbb note die dah merangkumi semua. aku pun tak paham kenapa kene ipad tu. isu kan? mmg isu. sbb aku tak phm. kalau aku phm xjadik isu.

bila tak nampak future kat situ, maka aku start back off. skrg faham kan?

kedua, nampak tak menarik bila aku ckp soal sekolah. yelah, hari2 aku cerita pasal anak murid aku yg bengap tu kan. aku pun heran, mcm kau pikul semua tanggungjawab dlm keluarga kau. mana mak kau? kenapa kau nak kene masak? mana mak budak kalau semua kau kene uruskan? padahal siang budak tu duduk rumah babysitter tak silap. dah blk, mcm kau pulak bapak budaknya.

mcm ilang respek kan ayat aku? mmg pun. aku dah penat. aku hairan. aku phm tanggungjawab kau pd keluarga. tp bru na masa sikit, da kene kelua pegi sana pegi sini. bz mengalahkan CEO. bila aku slow talk ngn mama, mama kata, think twice. tu je.

bila masuk alam sekolah as guru ni, aku berkawan dgn org2 educated. akak2, dan kawan2 guru lain. jd aku dgr pendapat berbeza2 hari2. mentaliti aku jd boleh adapt dgn real life. nak2 main saikologi dgn kanak2. kat situ pn aku belajar byk perkara. jd hari2 aku melihat future. bila aku melangkah masuk ke sekolah, aku mula conversation dgn kawan2 guru, ape yg aku nmpk adalah future. semua conversation bernilai kalau nak compare zaman belajar.

bila dgn rakan2 guru, dah takde gurau2 mcm dgn farah dlu. dah takde istilah "berani kau", "lawak gila do kau". siyes, nampak skema. tp bg aku, itu necessary bg seorg manusia. sbb tu dorg terpilih utk jd pendidik. krn dorg tinggi ilmu dan pengalaman.

so, bila bercakap, aku nampak kematangan kat situ. soalnya, ttg future. bila berkawan dgn dorg, aku lebih mahir dlm membuat pilihan buruk baik terutama utk aku yg masih bujang, yg masih tercari2 future life. jd maafkan aku kalau aku memilih langkah begini.

bila ditanya, takde sorg guru pun ade ipad. saje buat soal jawab since guru2 kat situ cuma 14 org. sekolah kecik kan. paling canggih phone dorg SII kot. SII? phone aku la tu. sial. aku malu. paling bodoh phone cikgu dpn aku, BB curve 2. kau? nahhh. COMPLETE SET kan. nampak tak sifat berlagak kau kt situ? kau akan deny. kau akan defensive spt selalu. malah mengamuk kalau kene tegur. tp itu realitinya. terima itu sbg satu kelemahan.

maafkan aku, krn terlalu berterus terang.

Tuesday, February 5, 2013

cari makan

hye peeps!
imagine, this winter at genting highlands seriously is killing me. winter kauuuu! hahaha. seriyes, mmg sejuk. kata org2 kat sini, bulan February mmg bulan sejuk. nyaman mencengkam hingga ke tulang temulang. tulang empat kerat ni yg tgh menimba pengalaman before betul2 memulakan alam pekerjaan yg epik.

da seminggu ber-part time di sini. hari2 udara segar, menghirup kabus2 dr puncak tertinggi di bentong. ceritanya, tak seronok langsung. dealing dgn kanak2 ribena dan dikelilingi budak2 yg tak payah pegi sekolah pun takpe adalah tidak cool. mmg sucks.

kiraannya 3 minggu. 3 minggu penuh penantian. tp takpelah. dpt gaji kott! nothing's free nowadays. hahaha. as well as ade gaji penah cukup ke bg seorg manusia? semua pn xpnah cukup kan. HAHA.

last night ade insiden kesentapan hati perasaan. mama keep talking about wedding. na warna ape, na design cmne, na hantaran ape. why. why. aku dah takde hati lah. dah malas nak fikir. seriyes, bg aku, penerimaan ttg isu perkahwinan ni bkn sesuatu yg menarik lagi dah. perasaan eager tu dah ilang. ntah bila perasaan ni na wujud lg. mungkin 2 3 tahun lg? mungkin 3 4 tahun lg? lantak lah.

dah akhirnya, membawa air mata. meraung sepuas2 nya. atas alasan apa, ntahlah. pagi ni, mata kiri tersembul tanpa punca. harus berpura2 sakit supaya anak murid aku tak fikir aku didera. hahaha.

Thursday, January 24, 2013

Tamat

hye. long time rasa nya tak berblogging. busy like ever. so here we go. rumah sewa yg digembar gembur hari tu dah pun dapat penyewa sekelip mata. amazing kan? mediumnya hanya blog aku, status FB aku n aza. aza jugak put some effort tarok adv kat rumah sewa puncak alam. with one click, immediately kami dpt respon.

alhamdulillah.

so, perjalanan degree smpai ke penghujungnya. selepas macam2 ranjau liku, air mata, penat lelah, nyawa2 ikan, maki hamun semua pakat dok ada. haa abis semua loghat kluaq. alhamdulillah. spt biasa fakulti kami menjadi fakulti terakhir bertapak dlm uitm. 21 january, tamat paper terakhir, planning & development.

seram jugak sbb super susah as well as paper2 lain. tatau la kenapa aura semester akhir ni berbeza dgn semester2 sebelum ni. mungkin perasaan berkobar2 nak abis belajar dan nervous sbb tau keinginan utk tidak kembali ke alam peperiksaan. cuak mcm sial.

selepas melalui detik2 cemas presentation Independent Study, dan didatangi dgn malapetaka jadual exam yg "tak beri peluang", semuanya berjalan lancar. dan gap2 yg ade hanya tersisa utk kemas barang dan berpindah.

suatu hal membuatkan kerumitan di sini, bila part time job aku start immediately. bayangkan tanpa gap. mmg tak sempat nak berjalan ke mana2. so, on 22 january, kami ada career attack di uitm Shah Alam. beberapa tempat offer kerja, sekaligus pre-interview utk lepasan spt kami. nmpk cool kan? nervous mcm bodo.

out of sudden mama inform yg she's still on MC. so tak dpt na teruskan part time job tu sbb die takde. so I've to wait till die ade. die takde malu la pulak kaaannn. so officially start isnin. Amin.

so ade beberapa hari, aku akan gunakan sebaik mungkin utk sesi clearance rumah tu. byk benda na kene uruskan, nak kene get rid. semalam dah bwk blk almost suku barang2. ade more than half utk disetelkan dan ya, ia mmg memenatkan, memeningkan. rasa na campak je semua brg dr tingkat 4 tu. tingkat 4. thanks.

setahun menetap di puncak alam. mcm2 bentuk kehidupan membentuk aku. buat aku kenal rase susah. ouh ya, barang2 jugak beranak dgn produktif wlpn setahun je. T_T. sedih jugak. tp sembah syukur pd Tuhan, tamat jugak akhirnya.

5 tahun setengah berperang. selama alam degree, byk air mata, rase kalah, rase givap, pernah jugak rase menyesal. tp tu semua halusinasi gangguan syaitan yg melumpuhkan manusia. sebenarnya seronok. seronok na dibandingkan dgn alam persekolahan yg sucks. realiti kehidupan bermula dr alam universiti. sbb tu belajar 5 bulan je trus exam tp still xleh perform sbb kepale hotak ni dipenuhi dgn sampah sarap kehidupan kalau na compare zaman skolah. semua tanggungan mak bapak. boifren kalau ade pun takkan ade pembaziran. kalau ade pun msti bg bende rubbish je sbb na impress. kan?

dah byk kali aku pesan kt adik aku. jgn kau nak bangga sgt dgn life sekolah kau tu. yg boleh dikategorikan sbg nothing tu. tp disebabkan tu life plg tinggi die pnah ade, so she's got nothing to impress unless benda sucks tu la. boifren, k-pop, bff n tahpape lagi. same goes to me. aku blum masuk life pekerjaan, perkahwinan. tah2 nnt bru aku sedar yg life universiti sama sucks mcm sekolah yg aku condemn td kan.

cuti dah mula. amik masa berhat sekejap. smpai dpt result, bru officially job hunting bermula. rase tak bersedia. doakan result terbaik in shaa Allah.

Saturday, January 5, 2013

Rumah untuk disewa


so, here goes some information for sape2 yg nak cari rumah sewa kat puncak alam. 
Apartment Akasia Suria, Fasa 3 Puncak Alam. RM400.
half furnished, complete with:
- peralatan dapur (kuali, sudip, rice cooker)
- tong gas
- rak TV
- sofa
- peti ais
- mesin basuh
- ampaian kain
- rak kasut, rak pinggan
- kipas meja
- meja study (satu bilik sahaja)

Bilik semua kosong tanpa perabot.
Rumah dalam kondisi yg sangat baik. 
Parking cukup.

KEMASUKAN MAC.
first come first serve.

anything drop comments here. love to here from you 

Hectic!

hye. Happy New Year.
lambat kan? mmg lambat. sbb bz teruk. bz beriye. takde masa berblogging segala. on past December, kitorg da pass kami punye Independent Study presentation. agak disappointed, so have to strive on report. so saaaddd!!

struggling pulak utk final exam utk final semester ni. hope no more examination after this. plis. cepat2 lah habis. nak keje, nak bina kehidupan. 

so sekarang tgh berperang dgn exam, start 3 january hari tu. timetable sgt kejam sem ni sbb tak bg peluang. adakah itu dugaan utk semester akhir yg special case mcm kami nih? 3,4 january, then 12,13 january and last 21 january. wth? paper sebelah2 tu killer subject kot. mmg bengang tp like it or not, I have to.

so da pass 2 paper, nak2 accounting. fuuuhhhh. disappointed lg skali. hope semuanya baik2 sahaja. waiting for next paper on 12 january. tp yg sakitnya, report Independent Study still on the go. kene betulkan lagi. rasa na meraung2 sbb nak kene fikir byk benda. 

rumah sewa lagi, nak pindah lagi, paper berturut2 lagi, n part time job after exam. ha? da dpt part time job pun..heehehehe alhamdulillah. 

Thursday, December 27, 2012

padan muka.

dalam riang2 hati, akhirnya usaha berhasil, tumpah juga air mata ni. tatau lah air mata ni utk apa. utk hati yg di calar2, utk jiwa yg da pergi, mahupun utk satu rasa, cemburu. ya, cemburu barangkali. kenapa msti ade sebelum.

bkn mrh ciptaan Tuhan, namun iri hati ttp wujud. knp aku kalau sebelumnya bagai langit dan bumi. kenapa aku kalau sebelum ni indah, bertahun2 indahnya.

aku tanak jd yg sama. sbb aku bkn org yg sama. aku tanak di layan sama. aku bkn dia. aku dpt bayangkan, die perempuan paling bahagia sblum ni. aku dpt bayangkan, die lengkap. lengkap satu sama lain.

ya, aku membanding bezakan. sbb aku selalu tak cukup. tak cukup utk segalanya. habis kenapa pilih aku? sekadar mengisi picisan2 kosong? sakit betul hati bila tau kebenaran.

kan lebih baik aku tak jumpa page tu langsung. kan lebih baik aku tak pernah berusaha utk itu. sedangkan aku da tau, hidupnya cukup lengkap, dgn kebahagiaan sebelum ni.

Sunday, December 16, 2012

sentap

hye hello.
tgh study beriye tibe2 takde mood. skali da on winamp, trus rase na berehat selamanya.
esok pepagi buta jam 9 ade presentation. melayang rm30 aku beli blazer kat peace2 kacang peace. haha.
1030 test hotel system. subjek bentara guru. ptg jam 230 test strategic. subjek syok sendiri. dah camne.

mmg bosan. semakin ke hujung, semakin nyawa2 ikan. tkde ruang utk bernafas. paling lawak, ade jugak jongos durjana suggest aku suh pegi tgk muvie hari ni? haih tak sekola btul. tau la blk kampung. sronok makan sedap, tido sedap, astro segala. aku yg homesick mcm gampang ni? terus kene rasukan ablasa sebab org suka ckp ikot hati, tak pakai otak. kan aku da sentap.

dah, na pegi belajar.

Thursday, December 6, 2012

desperate!

hye freakin' busy!
debaran semakin terasa. kepala yg semak semakin semak. hati semakin sakit. hidup semakin ke arah kehancuran. begitu abstrak kalau na digambarkan keadaan kami skrg. mcm takde rupa org. percaya atau tak, tido tah kemana hala, makan bila sempat.

presentation Independent Study just around the corner. 21 december. wish me n farah best luck! cuak berderau darah. keje semakin cramp di waktu2 masa semakin mendesak. lecturer seolah2 tanpa kompromi. desakan demi desakan. akhirnya tumpah juga air mata ni. aku tak cukup kuat nak hadapi ni. tp demi mengenangkan aku dah bertahan 4 5 tahun alam universiti, aku tahu aku mampu.

doakan kami supaya segalanya berjalan lancar. amin.