Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

ramadhan al mubarak menjelma lagi. tahun berganti tahun, sekejap sgt masa berlalu. meninggalkan cerita2 lalu. setiap kali ramadhan, pasti mengimbau seribu cerita walaupun pergerakan ramadhan itu berbeza dari tahun ke tahun.

indahnya ramadhan, bulan mensucikan segala hitam-hitam di dalam hati. bulan memberi kemaafan kepada pengkhilaf-pengkhilaf di dunia. sekadar mengingati kita sesama umat manusia akhir zaman, ramadhan ini berilah kemaafan, berilah kecintaan sesama kita. bkn mencaci. bukan pengaiban atas dosa2 silam.

fokusnya, jgn kerana khilaf kita di waktu kejahilan dahulu, masih menjadi batu penghalang utk kita berubah. kenapa kita menongkat langit memperheboh dosa2 org lain, membuka aib nya ketika itu dia masih jahil? kenapa seakan ramadhan ini menjadi bulan perheboh dosa silam sedangkan ramadhan ini sepatutnya menjadi titik permulaan kehidupan seseorang.

bukankah setiap hamba di bumi Tuhan ini layak diberi peluang? ingatlah, Tuhan menjadikan manusia itu berakal, beriman pd Tuhannya, tidak kira apa jua agama, dan yang pasti akal dan nafsu manusia lah terlemah sekali utk didorong syaitan nirojim. bersama kita saling mengingati, bkn mencaci, bkn mengaibkan, malah lebih berhati-hati dr melakukan dosa.

ingatlah, kita manusia berkata-kata, arif berfikir. kita juga dipenuhi dan dibebani dosa terhimpun. siapa kita menilai seseorang lebih2 khilafnya dahulu? bknkah masing-masing sudah diberi peluang memohon keampuanan Ilahi?

indahnya ramadhan, kita dihujani rezeki2 makanan, dibuka pintu rahmat utk lebih dekat dengan-Nya. segalanya terletak pada nafsu mu. Tuhan telah hindarkan syaitan dr kita. apa lagi alasan utk tidak beramal, utk menjadi tamak, berdamailah kami umat manusia. beri kemaafan. saling menasihati. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment