Wednesday, June 20, 2012

Gila

ada cerita tentang orang-orang gila yang kadang-kadang munasabah diterima akal.
sebenarnya mereka-mereka ini waras, cuma mereka terjebak menggilai sesuatu yang tidak berbaloi untuk kehidupan mereka.

bila berhadapan dengan seorang manusia yg terlalu gilakan cintanya. bagi dia, cintanya gila. gila di pandangan semua orang yang menjadikannya angkuh, tamak kerana terlalu yakin akan keagungan cinta gilanya.

kau gilakan gadis mu sehingga gadismu gila berhadapan dengan kegilaanmu.
tidak cukup kau menagih cintanya, kau hancurkan hatinya kerana sikap gilamu membatasi akalmu.
katamu, cinta gila mu ini agung. hanya gadis itu shj berhak memiliki.
kata-kata itu merobek jantung si gadis. menjadikannya gila kerana percaya tidak akan ada cinta hakiki melainkan Tuhan yg satu.
kau sanggup mati mempertahankan cinta duniamu. cinta gila yg pasti bertemu penghujung.
kau gila kerana mempertahankan akal gila mu yg bukan lagi milikmu itu.
kau gila merebut cinta gadismu.
sehingga kau sanggup melihatnya gila keranamu.
bukan gadismu gilakan cinta agungmu, tp dia gila mencari pedoman petunjuk untuk cinta abadinya.
hargai dirinya sepertimana kau mencintai rusukmu.
peliharalah dia seolah-olah kau akan berjumpa dengannya selepas perhitungan cinta agung Tuhanmu.
lepaskan lah dia jika itu membawa pergi akal dan nafsu gilamu.
percayalah, Tuhan itu selalu punya rahsia mengapa kau dilahiriahkan dengan akal yang banyak.
dan mengapa gadismu cuma punya satu akal.

Sunday, June 17, 2012

jiwa

10 june 2012. pfft.

dah habis. da setel. stress dgn tekanan kerja yg datang bertimpa tanpa kompromi, habis semua hubungan terjejas. nasib baek dah bermaaf-maafan.

dah habis cara utk buat kau benci aku. maaf, aku manusia hina, penuh kesilapan, punya batas kesabaran. belajar menerima hakikat dalam aku berperang dgn perasaan sndri. pnya cara tersendiri, namun aku yakin kau mampu. ambillah selama mana masa yang kau perlu, aku izinkan.

pasti takkan ada sakit lagi. pasti takkan terlihat derita lagi. aku rindu renungan itu. aku rindu sentuhan itu. seego aku, ego kau membatasi segalanya. itu yg buat aku pergi. berdirilah dan bertanya, bagaimanakah sesuatu ego? apa itu ego. fahaminya dan kau kembali kpd aku. aku akan jelaskan mengapa hubungan ini mengundang derita.

hilang segala rasa. rasa itu subjektif. kau pernah ciptakannya. kau juga telah mematikannya. langsung tidak mustahil jika kau mampu ulanginya berulang-ulang kali. biarlah ia pergi. beri ruang. beri nafas.

jika Tuhan janjikan aku utk kau, aku pasti ada.
miliki aku sbg temanmu. pelihara persahabatan ini. sehingga suatu hari nanti aku berkata,
"cintailah aku kembali."

Wednesday, June 13, 2012

;(

I'll be alright. One day. Someday.
Just not today.

Friday, June 8, 2012

tenanglah kamu, Sahabat

6 June 2012.

kehadiran kau awal tahun 2010, sedikit sebanyak merubah cara hidup aku. tak kenal, tak rapat. siapa kau pun aku tak pasti. kadang2 aku sendri kurang yakin tentang kewujudan kau. kehidupan Kuala Lumpur tak pernah menjanjikan keselamatan pada aku. sehingga suatu hari, kau menjadikan diri kau satu-satunya tempat aku bergantung.

setiap hari pasti ada pertemuan. setiap hari pasti ada perbualan. kau teman. di saat si gila talak mencari tempat melepaskan amarah. sedikit sebanyak aku beri kepercayaan.

tidak lengkap tanpa kau. mana wana? aku tau kau punya kami. ada di mana2 sebagai pelindung. sehingga suatu hari, 2011,tak pernah terbalas budi baikmu.

tak pernah lupa untuk setiap hari jadi. tak cukup wana, kamu dan jimo, pasti ingin muncul dengan kejutan2 yang aku tak peroleh dr siapa2 pun. beri aku setiap lagu berbeza untuk setiap hari lahir biarpun ia cuma 2 tahun beralu.

sejak kamu di asingkan, aku tak lihat kelibat kamu lagi. pun begitu, aku tetap mengekori cerita2 sedihmu.

semalam, kau pergi menghadap Ilahi, bersama duka-duka mu. peritmu.derita air matamu. tidak pernah sedetik aku terlupa doa2 aku utk kamu, sahabat. kehilangan kamu, akn menjadi rindu utk kami. afzal, aku rindu kau. tenanglah kamu di sana. tiada apa lagi untuk dirisaukan.
al-Fatihah.

Ahmad Afzal
3 August 1986 - 6 June 2012