Sunday, July 31, 2011

shopping raya! :)

its Family's Day Out. see, I told you, kelua dgn family lg seronok. yelah, kalau klua dgn kwn2, bole huhahuha, gelak2 n bla bla bla. its fact. tp bila kelua dgn family, laen tau. instead dpt semua yg diminta, aku juga belajar sesuatu, iaitu Sabar.

pagi tu, smpai sogo terus brekfes kat ape tah nama kedai tu. mcm fud court ekceli.
babah n mama

shopping baju raya ekceli. na beli kaen, tukang jahit dah tanak terima tempahan time2 ni. so, beli yg da siap je lah. ok what. cantik2 jugak. harga pun cantik. tp bak kata mama, mende setahun sekali. ape salahnya na merasa baju elok. yg penting puas hati.bila da dpt baju 2 pasang, kita jd bersabar bila tgk mak ayah mcm dah bengkok layan aku ngn adik aku. sabar dlm erti kata, mengawal kehendak kita. aku tgk babah tak beli apa2 pn. yg die tau, anak die cukup semuanya. so aku stop mintak mcm2.see, skng br aku phm kenapa lelaki tak suka shopping. :D

kalau ikotkan, aku na kasut sepasang. tp berperasaan serba salah wlpn mama tnya, mahu apa lagi. taknak aku jwb soalan tu. rasa mcm jahat sgt.hahahaha. tgk babah pun mcm dah penat.

so aku fikir, kasut tu tak jadi hal. semua bole di beli kemudian.

ouh btw, na wish HAPPY BIRTHDAY TAMTAM.
dah 2 tahun. dah besar dah die. meh na kish sikit muaahhx.
tp kau pun salu sakit2 jugak kan. serupa je mcm tuan kau. adoi.

Saturday, July 30, 2011

cerita bola baru nak update

football? naaahhh...I'm not interested.
tp bila dgr geng semua pegi tgk bola, alaa....na itot!!! HAHA.

bola malaysia lwn singapore. bkn maen gah lagi bila dgr. 85 ribu penyokong katanya.

blk dr ofis, rehat2 kejap. mlm tu kami berempat, ekceli berlima. tp shami na mi na hey hey pegi kua jalan2 ngn kawan die dulu. so aku, muizz, mat n adam ke uptown s.alam na cari jersey lah konon2 nya. ahahaha. semngat tanah tumpahnya darahku sungguh. abis pusing satu uptown, da abis jersey biru tu wei. yg ade kuning je. tamao. tak minat.

pasrah seketika. bermuka ketat sbb masing2 dah lapar. setelah bermesyuarat di tgh2 uptown tu, semua setuju na pegi danau kota. ok, pukul berapa time tu? dah dkt jam 12 mlm. dgn tangkas tiba di danau kota dan bertemu dgn shami na mi na hey hey. *wah panjang nama kau nok*

jumpa jersey. muka masing2 sengeh dr telinga ke telinga. tp lapar tetap lapar. mencari makan smpai ke area kg.baru. makan2 je da jam 2 pagi. masing2 pandang muka sesama sendiri. salah sorg mula bersuara, "aku tak larat la na pegi keje besok". tu diaaaaa.

makanya, emergency leave la esoknya tu. who cares? kami tak dibayar utk pektikel ini ok?

disebabkan cuti saje sukasuka, pas makan2 tu, kami semua bergerak pusing2 bandar kl. I mean pegi jd seekers sangat. mulamula pegi bukit tunku. semua kelihatan bertenang wlpn da kelihatan beberapa perkara kurang enak.

katanya si muizz, pegi area perumahan belakang zoo negara. ada rumah doktor kene bunuh. pegi area tu, nyohhh tu diaaa.... lagi semua diam seribu bahasa dan muizz memecut laju kereta. ok. sila jgn pergi lagi dah ok.

lepak smpai pagi. tau kenapa? sbb na jadi antara org terawal yg beratur di dpn stadium s.alam. na beli tiket katanya. ahhahahah. alhamdulillah, semuanya lancar.


smpai rumah, automatically rumah jadi sunyi sepi. sesepi sepinya. :D

esoknya tu, smpai opis, semua dtg muka penuh dgn agenda.
"nak gerak pas keja? nnt lambat lah"
"nnt jem la..."
"tak jem la..."
sebenarnya nak half day kan. akhirnya berterus trg dgn big bos, HR. "KAMI NAK PEGI TGK BOLA"

dpt half day weyh. aa...spoting jugak en.khairi nih. ala trainee je. bukan efek ape2 pun. semangat gila. nak2 si adam gila tu. tafaham aku. hahahah.


adam
kroni. adam, muizz, shami, dila n mat.

sangat best even malaysia kalah. :(
its sokay guys. you've done a gud job.
btw, aku ngn adam, lagi gud job. cuci mata! all the hensem guys mesti jadi sasaran. siap berebut dgn adam lagi! keji.hahaha.

blk dr bola, semua flat. pagi pegi kerja, muka ceria wlpn dlm hati menyumpah seranah betapa bantal amatlah diperlukan.

love you, guys!

Sunday, July 17, 2011

hey Langkawirians! wanting you lah sengal!

hello shah alam.
ah, lame tak berblogging. ntah mana semangat berblogging tu hilang.
air mata, tak pernah kering sejak aku tinggalkan langkawi.
rasa baru semalam aku duduk bersembang dgn kalian.

hari ni, aku sendirian. ah, sepi lagi.

lapor diri di Holiday Villa, Subang. menangis spjg hari bole. mungkin FnB di frangipani tak setanding FnB holiday villa. tp di sebabkan takde kawan, tak kenal sape2, buatkan aku langsung tak mampu berdiri hari tu.

bidang hotel, bukan dunia aku. cukuplah training kali ini. aku tak pernah minat langsung dgn kerjaya hoteliers ni. being a hotelier is such a loser. muda, tak berkeluarga pun belum tentu bole survive utk bidang ni. btul2 takde life. Hotel is a tough world. for serious.

plus2, rindu pada langkawi masih membuak2.

lately, selalu 3G-ing with bestie. ngn fara yg 3G menggunakan fon lan. qimi special sikit. 3G mlm2 je. how I miss you, farah,qimi n lan. na peluk korg mcm last day kat airport! rindunyaaaaaa.... *sobbing*
with yat, qimi n fara with pijot. syuhada tah pi mana tah.

last day, I mean beberapa jam before depart. fara, lan n qimi anta pi airport. flight jam 1040. so kul 7 da kua. p makan, dan lan tunaikan hasrat aku na p harbor park. thnx qimi n lan.

aku na blk ke langkawi. I will. itu style aku bila berkawan. jaoh mana pun, aku akan.

fara, aku rindu na hugging2 dgn kau. rindu nak marah kau. rindu nak paw makanan2 kau. rindu nak brainwash kau smpai jam 5 pagi. smpai di s.alam, tilam kau masih begitu. sengaja aku tegakkan. taklah aku ternampak2 kau tido kat situ. fara, i miss you.

qimi, aku rindu kau. aku rindu nak borak2 ngn kau. nak isap rokok kau. nak mencarut maki hamun dgn kau. nak gadoh ngn kau. aku rindu nak jln tepi laot dgn kau. rindu kau peluk aku b4 aku balik. peluk, as a friend. takde rase ape2 perasaan. rase sincere sgt. ingt utang kau ngn aku! ahahahahahaha.

langkawi, aku akan balik. aku tekad.

Wednesday, July 13, 2011

air mata, keringlah.

ada cerita yang buat seluruh hidup kita berubah.
berubah segalanya.

hilang semuanya sekelip mata.

aku bawak diri ke langkawi kerana inginkan suatu perubahan. meninggalkan masa2 silam, cerita2 lama yg beri kedukaan. namun langkawi rupanya memberi lebih kedukaan. 2 bulan di bumi langkawi, hanya ada dua cerita. hanya ada satu perasaan. kerja dan persahabatan.

kehilangan cinta hati bukan mudah. tiba2 sorg teman baek yg selama ini menjadi akar berpaut turut meninggalkan. meninggalkan tanpa memberi apa2 utusan. ibarat persahabatan tu tak pernah wujud. gugur jantung apabila teman mendiamkan diri krn sudah berpunya. ah krn cinta, hilang persahabatan. hilang segala jasa, segala kenangan.

kewujudan manusia2 sekeliling memberi aku nafas baru. namun calar tu masih terasa. abg zan dgn buah2an dari dusunnya. senang. ada antara kami yg berkecil hati, rasuah saja dgn buahbuahan. seronoknya.

kehadiran lan dan farah, yg sentiasa menjadi gosip hangat, menambah pelbagai perisa kat sini. kehadiran qimi ibarat mengganti tempat bulat juga kembalikan senyuman aku. namun, tak semua yg indah kekal lama. tak semua yg kita impikan akan kita miliki. ya, hakikatnya Tuhan sedang menguji aku.

insiden malam tu merubah segalanya sehingga aku di terminate dr frangipani ni. tanpa kompromi. tanpa belas kasihan. tanpa peluang. skng bru aku rasa bagaimana perasaan tidak diberi peluang.

aku diberi elaun penuh sebagai "penutup mulut". menitis air mata, aku bukanlah sorg yg kebendaan sematamata. tp apabila diberi arahan meninggalkan frangipani serta merta, aku hilang arah. aku hilang masa depan, teman dan sudah pasti, aku akan merindui qimi dan farah.

yg pasti, farah akan kembali juga ke s.alam. tp masih ada peluang utk aku beritahu qimi bahawa die teman terbaik, yg mendengar segala cerita aku? die yg beri peluang utk aku merasai kembali rasa persahabatan tu. die yg memberi aku satu rasa bahawa cinta dan persabahatan adalah elemen berbeza.

qimi berbeza. walaupun punya tunang, tp masih mahu membantu aku. tidak kira susah atau senang. masih mahu mendengar segala kesedihan aku. segala sakit perih yg aku lalui sndri. pendiriannya membuat aku sedar kedudukan aku sbg seorang sahabat. dan aku sgt senang berkawan dgnnya. itu sahabat, bulat. bukan meninggalkan.sedar akan makna itu.

lan dan qimi. dua porter yg sgt happening. farah sudah pasti tersangkut kail si lan. qimi sudah pasti sntiasa menjadi pendengar setia masalah aku dan farah. lan, bkn krn kereta. tp krn keikhlasan. mlm insiden tu, smpai jam 5 pagi lan menunggu. memastikan aku dan farah dlm keadaan selamat, br dia pulang. aku tak pernah jumpa dua sahabat begini.

aku pasti merindui kalian. sudah pasti. dan hidup s.alam kembali menemui aku. aku akan kembali ke langkawi sepurnama lagi. demi kamu, sahabat. jgn tinggalkan aku qimi. masih byk air mata tersimpan krn aku masih belum bertemu hati2 seperti kamu qimi. aku sepi. sekurang2 nya kau masih ingin berbicara dgn aku.

dan farah, aku akan rindu pelukan kamu. jgn la menangis lagi, krn tiada siapa akan keringkan air mata kamu. jika lan mampu, aku beri kepercayaan penuh pada lan utk menggembirakan kau, farah sayang. aku rindu kau. sungguh. aku akan kembali ke s.alam dan bersedirian tanpa kamu. aku akan jmput kau di langkawi.

abg zan, lan, qimi, farah dan semua yg memahami hati aku, terima kasih. aku tak pernah dan takkan lupakan kalian. sesi karoke hari tu, aku sgt gembira. sangat2. thanx.

Saturday, July 9, 2011

uppss...! :D

aku wanita yang punya cinta di hati
ada dirimu dan dirinya dalam hidupku
mengapa terlambat
cintamu telah termiliki
sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

mengapa yang lain bisa mendua dengan mudahnya
namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta

atas nama cinta hati ini tak mungkin terbagi
sampai nanti bila aku mati
cinta ini hanya untuk engkau

atas nama cinta kurelakan jalan ku merana
asal engkau akhirnya denganku
ku bersumpah atas nama cinta

Wednesday, July 6, 2011

datang dan pergi

tidak berapa na bermood utk berblogging since keletihan yg amat this week. tatau, kondisi badan yg sgt unpredictable + cuaca yg agak2 menakutkan. plus2, angin laut yg kurang menggembirakan.

well, as usual, life must go on. dealing dgn guest dr hari ke hari, byk ajar aku tentang kesabaran. but, lempar pen, hempas telefon dan bermuka ketat tu adalah hampir menjadi rutin. aku tak fhm mcm mana org2 front office bole bertahan.

sadness? selalu ckp aku dah recover. tp hari2 sama mcm dulu. tak penah berubah. kau dtg atas nama kawan. aku akui, aku senang berkawan dgn kau. kau saling tak tumpah mcm bulat. senang berbicara segala perkara. pd kau aku menangis, pd kau aku ketawa. pd kau aku tiada rahsia. kau, kau mmg mcm bulat. ya tuhan. aku tanak benda sama berulang lagi dan lagi. aku dah penat.

since aku masuk front office, semua ter-revealed. i mean, antara aku dan diri aku. aku memendam segalanya dr mula aku masuk franginapi, sehingga aku nmpak kau. tp tak pernah ubah apa2 persepsi pun. aku tetap begini. sekurang-kurangnya aku termotivasi utk pergi kerja hari2. HAHA.

bila aku masuk front office, ya kau antara paling rapat dgn aku. tp ketika kau mula mengganti tmpt bulat, aku sudah bersedia utk menjadi kawan kau krn aku sentiasa terlambat. selalu. aku sntiasa tahu batas2 kawan. kau tetap kawan aku, tanpa perasaan. bkn senang berkawan dgn tunangan org.

hakikatnya, kau takkan mampu ganti tmpt bulat. kau dgn cara kau, dia dgn cara dia. tp keadaannya sama. rasa itu sama. rasa ingin memiliki dan rasa cinta itu berbeza. dan yg membezakannya adalah persahabatan.

dan aku percaya, lepas aku tinggalkan langkawi, keadaan takkan begini lagi. so, biarlah aku nikmati waktu2 ni. krn aku akan rasa kehilangan lagi. tak cukup aku cukup rasa kehilangan bulat, aku akan hilang kau pulak lepas ni. dan aku pegang kata2 yg sering org ingtkan, "takkan ada istilah kawan baek antara lelaki dan perempuan". ya, aku menangis krn aku terlalu berkorban utk satu persahabatan namun tiada yg kekal lama.

smpai suatu masa, aku akan buat smpai kau tahu bahawa kehilangan kwn dan cinta dlm waktu yg sama sangat2 menyakitkan. 3 bulan aku di langkawi, aku harapkan satu perubahan. yg tinggal baki sebulan lagi. Tuhan, berilah aku kekuatan. aku berperang dgn diri sndri. tiada yg laen. hanya aku, sentiasa sndri. dgn diri aku berkata2, dgn diri aku juga aku cabar mencabar.

kau sntiasa ada di saat aku jatuh. kau menjadi titik tolak utk bangun dr kesedihan aku. kau menjadi tulang belakang utk berhenti segala gejala2 tak sehat yg aku bangkitkan semula. kau kwn yg baek, tp pergaulan kita terbatas. aku sedar, dan aku terima itu. cuma aku masih xdpt terima rasa kosong ni. sepi.

terima kasih kwn krn cukup memahami. krn cukup memberi ruang utk aku memaafkan dri aku sndri. kawan, kalau lah aku ada kekuatan utk beritahu kau bahawa kau telah mengubah aku dlm 3 minggu ni saja. kau hebat. kau mempu merubah manusia degil ini menjadi seseorg yg bukan dirinya, I mean in positive way. tp aku tak sekuat itu. kenapa? jika aku beritahu bhwa aku dah tinggalkan semua itu, pasti kau juga akan tinggalkan aku. pasti. sekurang-kurangnya berilah aku peluang menghabiskan trainee di sini.

dan bila aku pulang nanti, kau na lupakan aku pun, teruskan. aku terima.

Saturday, July 2, 2011

Day 37

he's just like you.
similar.

tamao terjadi lagi.
tamao pengganti kau.
krn tiada siapa bole ganti tmpt kau.

tp hal itu aku langsung tak dpt nafi.
dia mcm kau. sebijik.
kawan, pulanglah. kau masih kawan aku.