Wednesday, July 13, 2011

air mata, keringlah.

ada cerita yang buat seluruh hidup kita berubah.
berubah segalanya.

hilang semuanya sekelip mata.

aku bawak diri ke langkawi kerana inginkan suatu perubahan. meninggalkan masa2 silam, cerita2 lama yg beri kedukaan. namun langkawi rupanya memberi lebih kedukaan. 2 bulan di bumi langkawi, hanya ada dua cerita. hanya ada satu perasaan. kerja dan persahabatan.

kehilangan cinta hati bukan mudah. tiba2 sorg teman baek yg selama ini menjadi akar berpaut turut meninggalkan. meninggalkan tanpa memberi apa2 utusan. ibarat persahabatan tu tak pernah wujud. gugur jantung apabila teman mendiamkan diri krn sudah berpunya. ah krn cinta, hilang persahabatan. hilang segala jasa, segala kenangan.

kewujudan manusia2 sekeliling memberi aku nafas baru. namun calar tu masih terasa. abg zan dgn buah2an dari dusunnya. senang. ada antara kami yg berkecil hati, rasuah saja dgn buahbuahan. seronoknya.

kehadiran lan dan farah, yg sentiasa menjadi gosip hangat, menambah pelbagai perisa kat sini. kehadiran qimi ibarat mengganti tempat bulat juga kembalikan senyuman aku. namun, tak semua yg indah kekal lama. tak semua yg kita impikan akan kita miliki. ya, hakikatnya Tuhan sedang menguji aku.

insiden malam tu merubah segalanya sehingga aku di terminate dr frangipani ni. tanpa kompromi. tanpa belas kasihan. tanpa peluang. skng bru aku rasa bagaimana perasaan tidak diberi peluang.

aku diberi elaun penuh sebagai "penutup mulut". menitis air mata, aku bukanlah sorg yg kebendaan sematamata. tp apabila diberi arahan meninggalkan frangipani serta merta, aku hilang arah. aku hilang masa depan, teman dan sudah pasti, aku akan merindui qimi dan farah.

yg pasti, farah akan kembali juga ke s.alam. tp masih ada peluang utk aku beritahu qimi bahawa die teman terbaik, yg mendengar segala cerita aku? die yg beri peluang utk aku merasai kembali rasa persahabatan tu. die yg memberi aku satu rasa bahawa cinta dan persabahatan adalah elemen berbeza.

qimi berbeza. walaupun punya tunang, tp masih mahu membantu aku. tidak kira susah atau senang. masih mahu mendengar segala kesedihan aku. segala sakit perih yg aku lalui sndri. pendiriannya membuat aku sedar kedudukan aku sbg seorang sahabat. dan aku sgt senang berkawan dgnnya. itu sahabat, bulat. bukan meninggalkan.sedar akan makna itu.

lan dan qimi. dua porter yg sgt happening. farah sudah pasti tersangkut kail si lan. qimi sudah pasti sntiasa menjadi pendengar setia masalah aku dan farah. lan, bkn krn kereta. tp krn keikhlasan. mlm insiden tu, smpai jam 5 pagi lan menunggu. memastikan aku dan farah dlm keadaan selamat, br dia pulang. aku tak pernah jumpa dua sahabat begini.

aku pasti merindui kalian. sudah pasti. dan hidup s.alam kembali menemui aku. aku akan kembali ke langkawi sepurnama lagi. demi kamu, sahabat. jgn tinggalkan aku qimi. masih byk air mata tersimpan krn aku masih belum bertemu hati2 seperti kamu qimi. aku sepi. sekurang2 nya kau masih ingin berbicara dgn aku.

dan farah, aku akan rindu pelukan kamu. jgn la menangis lagi, krn tiada siapa akan keringkan air mata kamu. jika lan mampu, aku beri kepercayaan penuh pada lan utk menggembirakan kau, farah sayang. aku rindu kau. sungguh. aku akan kembali ke s.alam dan bersedirian tanpa kamu. aku akan jmput kau di langkawi.

abg zan, lan, qimi, farah dan semua yg memahami hati aku, terima kasih. aku tak pernah dan takkan lupakan kalian. sesi karoke hari tu, aku sgt gembira. sangat2. thanx.

1 comments:

wanaa said...

wei? ape cerita ni? aku baru nak pegi sana.kau balik kenapa?kenapa aku tak tahu. aku kecik hati, for seriously.

Post a Comment