Wednesday, June 20, 2012

Gila

ada cerita tentang orang-orang gila yang kadang-kadang munasabah diterima akal.
sebenarnya mereka-mereka ini waras, cuma mereka terjebak menggilai sesuatu yang tidak berbaloi untuk kehidupan mereka.

bila berhadapan dengan seorang manusia yg terlalu gilakan cintanya. bagi dia, cintanya gila. gila di pandangan semua orang yang menjadikannya angkuh, tamak kerana terlalu yakin akan keagungan cinta gilanya.

kau gilakan gadis mu sehingga gadismu gila berhadapan dengan kegilaanmu.
tidak cukup kau menagih cintanya, kau hancurkan hatinya kerana sikap gilamu membatasi akalmu.
katamu, cinta gila mu ini agung. hanya gadis itu shj berhak memiliki.
kata-kata itu merobek jantung si gadis. menjadikannya gila kerana percaya tidak akan ada cinta hakiki melainkan Tuhan yg satu.
kau sanggup mati mempertahankan cinta duniamu. cinta gila yg pasti bertemu penghujung.
kau gila kerana mempertahankan akal gila mu yg bukan lagi milikmu itu.
kau gila merebut cinta gadismu.
sehingga kau sanggup melihatnya gila keranamu.
bukan gadismu gilakan cinta agungmu, tp dia gila mencari pedoman petunjuk untuk cinta abadinya.
hargai dirinya sepertimana kau mencintai rusukmu.
peliharalah dia seolah-olah kau akan berjumpa dengannya selepas perhitungan cinta agung Tuhanmu.
lepaskan lah dia jika itu membawa pergi akal dan nafsu gilamu.
percayalah, Tuhan itu selalu punya rahsia mengapa kau dilahiriahkan dengan akal yang banyak.
dan mengapa gadismu cuma punya satu akal.

0 comments:

Post a Comment