Thursday, May 24, 2012

bila Diva menulis

semalam kelas kami anjurkan event Go Green abah kau katanya. ha, penat sepanjang hari la kan sbb event dr pagi2 buta subuh solat kt foyer tu, smpai la lewat mlm time2 org pegi club tu blk. ha. geram neh. geram.

byk liku2 ranjau lena diulit mimpi na harung sepanjang preparation utk event ni. ekceli, event ni under subject je pun. bknnya main course kami. so tak payah na buat event grand2 mcm retis sgt. budak course event sndri bole la na buat event meletops melting sana sini. kite ni budak hotel, keje kite servis org. bukan GLAMER kan diri!

so ape yg menyentapkan sensangat ni, dr dulu lg kite dah buat silap besar pilih die as ketua. dah pilih tu tak pe lah. yg mengkonfiusyenkan aku lah, tatau la "adik-adik" yg laen, aku tatau la kau tau ke tak, tp "adik-adik" yg kau sanjung junjung smpai ke langit nih pun pangkah kau. dah tu tak reti2 na pass jawatan kau ke org laen ke? aku tak kate aku bole, mmg aku tak mampu pun. tp just set up a new committee.

dah plan semua segala bagai, na berflashmob katanya. aku tak kisah. tp tolonglah terima pandangan org. kalau tak terima, tlg share pandangan org. ini tak. kau rasa diri kau betul sentiasa. kau rasa kau hebat bole buat semua. kau na impress org. but in the same time, kau buat org makin berbulu dgn kau.

kau tatau betapa ramai anak2 buah kau menangis sbb tindakan kau. kau pk air mata kau je. berharga sgt ke kau?

ok, back to path. kau sebok dgn flashmob, aktiviti sana sini, tp isunya kau tak pk ke main point event ni. ok, aku admit, uitm pun tak ptut buat kita mcm ni. out of sudden tiba2 reject tanpa usul periksa, then suh combine ngn junior yg akhirnya kita semua rasa malu sbb kite senior kalah dgn junior. whatda??

aku pn kerap turun s.alam jumpa org tua tu. setau aku lah, die bkn jenis tanak dgr ckp org. mmg mulut die lepas, tp die terima kenyataan org, die mendengar sebelum beri keputusan. tp kau ckp die tolak mentah2 tanpa usul periksa. org tua tu jauh lebih professional weh. tak mcm kau. dan aku yakin mustahil lah die na tolak mentah2 tanpa tgk proposal tu. kau pegi tipu anak ayam lg berbaloi weh.

and in the first place, kenapa lg 2 minggu nak event proposal baru na hantar? konfidennya kau event ni disukai ramai. yg jd mangsa anak2 buah kuli batak kau ni la atas feeling2 glamer kau tu. kalau sungguh pun org tua tu rejek, ha padan la muka. die suh combine ngn junior2 tu. sbb junior2 tu dik cerdas pandai anta proposal awal2. lg kesian rakan seperjuangan kau sndri, proposal da approve tp kene cancel event n combine dgn idea kau punya pasal.

kak, kalau rumah anak yatim org tua tu bole approve, event kita pn apa kurangnya. melawat budak kt IJN. takkan die na rejek. bende lebih kurang. tp sbb proposal kita lembab n mebi tahpape, tu yg kene rejek. kau tak penah telus dlm bekerja.

dah, abis pasal proposal. org kutuk kau dan majlis2 tertinggi barua kau kot. tak sedar diri btul. nak flashmob lg tu. ya ampun. kau ingt kau retis lah. kau na berflashmob dlm uitm dan memalukan diri kau tu kau pnya pasal. tp kau takde hak langsung memaksa kami sdgkan markah sama je sume. ni da tahap gila kuasa.

last2 kau kene tindas. kalah. flashmob dibatalkan. weh tgk la size2 kami. mane larat na terkinja2. kau pun sndri tak comel langsung pun terkinja2. kawan kau bole la. tough. kacak. talented katanya. da tu kenapa tak kau berdua je terkinja2 kat dpn foyer tu. bole glamer mcm yg kau idam2kan.

smlm event, mmg berjalan lancar. tp terus terang, fucking boring la sial. tiba2 flashmob idaman kau tu berjaya. naseb baek la diva yg kau kutuk2 ni join. bukan na terima kasih. event smakin ke penghujung. dan sampah kitar semula kesayangan kau tu bertimbun tade tempat na letak.

paling menyakitkan jiwa, kau bru na survey tmpt buang sampah tu?? ya Allah, apesal la dgn kau ni. all these while, kau sebok mengglamer kan diri yg feeling chantek tu, tp kau tak concern pun ttg main point kau yakni mana na pegi sampah2 durjana neh.

event da na abis, kau bru terkial2 pegi menghilangkan diri alasannya cari tmpt buang smpah. wei, kenapa msa sebelum2 ni kau tak cari? sbb kau bodoh sombong. tak pnah na tnye pendapat org, tak pnah na mintak share idea. kenapa? kau tergugat dgn fara kan sbb fara org shah alam yakni msti lebih tggi pengetahuan dr kau. fara tau kot mane tmpt yg amik mahal barang2 tu dan yg penting tmpt tu tutup lambat dan dkt area2 sini je. kau kate kami diva??? diva ni yg hebat sbnrnya. sbb tu kau malu. tergugat. ego. bodoh sombong.

nak hantar ke setia alam? pakai kete kau? eh lupa kau takde kete. kau kan menumpang org je. percuma pulak tu. dan alasan kau, kedai tu da tutup, so kene pegi hari ni. eh pegi jahanam. hari ni bukan lg hari event. so kau da takde hak nak tntukan aktiviti org. takkan aku na menyerah kan diri aku asyik2 utk event je. aku ade komitment laen jugak.

kau peralatkan kenderaan kami. kalau kau ade kete skali, bole la kau mintak kerjasama kami. ini kau sndri takde kete, tp terhegeh2 suh2 org. "adik-adik" kau nih dgn gembiranya terima dgn rela hati. bwk la smpah2 tu dlm kete. kau anta pulak ke rumah kwn2 baek aku. kau ingt rumah dorg tmpt pembuangan sampah?

hari ni kau na kerah org lagi. weh, kalau ape2 jd msa anta smpah hari ni, eksiden sebijik kete, kau tanggungjawab tau. bkn lg tggjwb uitm sbb da di luar hari event. sbb itu jgn bodoh sombong. tnye org dulu. kan da setel semua smlm kalau kau tnye org dlu. ha hadap la kau sampah tu sorg2. sng2 na suh kete aku join bwk sampah. mane 3 bijik kete yg takde join ptg smlm??? tak join angkat smpah2 tu pegi uma mat? mane kete cepa?mane kete arai? mane hamzi? sume da blk. siap terserempak kat pasar malam lg.

kau ni mmg jahanam. adik2 kau syg ni kau tanak tego pun kalau dorg hilang ke tak buat keje ke sbb kau tau dorg je syg kau. dorg je puja2 kau. dan dorg jugak la kau je bole dpt perhatian. FYI, aku tgk dgn mata aku, aku dgr dgn telinga aku sndri, adik2 syg kau ni la kutuk kau gile2 punya kau tau. dorg kutuk kau pasal proposal. dorg kutuk kau pasal flashmob! tau tak?!

tp kalau aku ngn fara tak dtg flashmob SEKALI je, uiiii kutuk2 kami. panggil kami DIVA tuu. mmg aku diva! diva popular. tak macam kau. hidup senang atas kesusahan org laen. kau kutuk kami. kau sebar cerita pasal kami kt budak2 ni. sebar cerita yg kau sndri tatau kesahihannya. sebar cerita ttg rumah seksyen 7 dlu.

oi oi! bukak mata. kalau kami jahat mulut longkang mcm kau, da lame kami sebarkan betapa pengotornya kau. da lame kami sebar betapa byk hutang keliling pinggang kau, yg masih tertunggak. hutang fara rm5 pun kau tanak bayar, ni kan pulak rm500. sedar diri weh. rm500 tu byk.

nak poyo, ade kereta tp simpan kat uma. hei, kalau aku org da bg kete, knape la aku na simpan kat uma. baek aku bwk pegi puncak alam yg loser ni. ni kau tak, lenjan harta org laen. ha aku taknampak da kau bwk kete org tu. sebok tumpang kete org sane sini. wei, kalau tak kereta aku, tak pegi kau final exam last sem tau!

aku tak pnah mintak sesen duit minyak kt korg. kalau na isi minyak, kelua je bape2 korg nak. alasan kau? tak cucuk duit lg. bape juta meksimum atm kau bole klua smpai susah sgt kau nak cucuk duit?oo pegi joli sana sini, overnite sane sini ade duit ha. utang org tanak bayar. minyak org tanak byr. naek percuma. kawan kau lg dua org tu pun sama. mmg la byar, tp bwk mulut jugak tak guna.

hari2 korg naek kete aku, hari2 korg lenjan kete aku smpai puncak alam. yg servis bapak aku. tayar botak bapak aku. korg pnah pk?? korg tu takde kete. hidup menumpang org. sedar lah diri. langit ni tinggi ke rendah. baek korg mintak ampun dgn org2 yg korg dah khianat ni. tak payah mintak ampun kt aku sbb aku tak ampunkan korg atas ape yg korg da buat kat aku n fara. aku tak redha setitis minyak pun utk korg. itu pun na kutuk2 aku ngn fara lagi.

btw, farah da ade kete. tp bkn neo la. etlis die da tak menumpang lagi dah. kau bile lagi?

sebok kutuk kami. diri sndri pun tak betul.

Friday, May 18, 2012

awesome darlings!

its my birthday lah! as usual ade 3 little creatures yg mengundangnya pun. surprise again and again. just like fara's birthday. *terharu*

cuma mine was less dramatic. just muizz was assigned to bring me go jalan2 for no reason and those little darlings, adam n fara stay at home, prepared some spaghetti and cake for me. *hugss*

so surprised but expected. sbb dah rase semacam. bkn lah verangan ade org na prank kan, tp da ade instinct tak baek akan berlaku. muizz act mcm laen je kan. as well as lg dua ketul tu. out of sudden with an order, without kompromi. sedangkan dorg sume bkn begitu. ahahha. gotcha!
seronok. thanx muizz, adam n farra. best gift I ever had. indeed.

to dearest, thanx for the gift. I never ask for expensive things. forgiveness never got from materials. its an unexplainable things. thanks for everything. *love*

n last night, thanx for the dinner at Fullhouse, KL. imagine how happy am I, its been so long I dream it. rase cm pwincess kn dpt dinner kt sini. feeling2 wedding nnt na buat theme cmni. bru feeling2 jadi pwincess. T_T
thanx everyone. thanx love. speechless.

Wednesday, May 16, 2012

sempurnakan aku

since insiden hari tu, dah 3 hari aku rase mcm awang-awangan, antara ada dan tiada. rasa terpukul dgn kata2 begitu. dan ternyata, bkn mudah untuk menjadi insan yg tepat utk seseorang.

rasa memendam, simpan sume rasa akhirnya membawa kpd sesuatu yg melukakan. mana nilai2 ikhlas itu selama ini? ternyata kau tak pernah telus dgn kami terutamanya aku, satu2 nya insan yg bole menerima segala kekurangan kau selama ini.

terhiris dgn kata2 satu malam, kesannya bagai selamanya. aku mula rasa terhina disisi kau. hilang segala hak2 aku bersuara di sisi kau. hilang semua senyuman yg dulunya kita miliki. itu persepsi aku. aku cuma menunaikan segala caci makian kau. supaya kau rasa senang, lebih tenang dr sebelumnya.

cemburu dgn segala apa yg kau miliki membuatkan aku bertindak tidak matang. aku hilang dlm ketidakmatangan aku sendiri. segala impian2 aku, kau terlebih dahulu memilikinya. isu tioman itu tidaklah menjadi batu penghalang pun. tp kenapa tindakan aku ke PD seolah2 tidak boleh diberi kemaafan langsung.

dr situ terbit segala kebencian yg kau pendam seumur ini. segala kau luahkan seolah2 mematikan diri aku di situ. kaku tanpa jawapan. selama ini pun, kau menjuarai segalanya. aku berikan segala keperluan. aku luangkan segala detik2 tanpa hitung.

terpenting, aku melawan segala perit derita ini sendri. bagaimana aku dicaci kerana kebencian majoriti terhadap kau. aku menanggung malu atas kata2 kau. pernah seseorang bertanya, bagaimana aku sekuat kelikir ini bersama kau? aku tidak respon sebaliknya aku merenungnya dan bertanya, bagaimana kamu mendapat soalan ini sedangkan sejauh mana kamu mengenali kami. begitu dalam perasaan ini.

berperang dgn perasaan sndri, bkn sesuatu yg mudah. bg kau, insan sekeliling tidak lebih dr satu kewujudan entiti. yg pasti, aku hak hakiki kau. jgn salah tafsir. ini kehidupan, membawa nikmat komuniti, memberi kita peluang melihat setiap perspektif dr pelbagai sudut dan akhirnya membawa ke alam yg hakiki kekal abadi. Tuhan itu Maha Mengetahui.

kesedihan ini tak pernah berkurang. malah sntiasa terpukul tiap kali merenung mata indah itu. bagaimana insan ini bersuara lantang mengherdik dan mencaci maki aku pd mlm itu. walaupun melalui panggilan telefon saja. kata2 sinis itu sntiasa di sini, di hadapan mata hati yg melihat segala perit luka.

gelak tawa bersama teman2 bkn lah batu penghalang. mereka tidak pernah tahu apa yg kita lalui. mereka hebat. mereka tercinta. hilang mereka, aku bukan lagi siapa2. begitu aku menghormati persahabatan yg aku miliki. kau tak tahu kerana hidup kau masih gah berdiri walaupun tanpa mereka. tp ingtlah, mencintai aku bkn semata2. cintailah kehidupan aku juga.

setiap patah2 kata kau mlm itu, masih jelas diruang telinga. memakan sedikit demi sedikit rasa2 ini. bagaimana kau meletakkan syarat supaya insiden malam itu berakhir begitu sahaja. ya, ia berakhir mlm itu juga. namun lukanya, peritnya.

3 hari aku menantikan satu detik supaya air mata ini tidak lg mengalir. kata kau, aku jahat. aku tidak guna. sanggup melukakan hati kau sepertimana kau babitkan teman2 yg melukakan hati kau. sedarilah, takkan ada sebab utk kami lukakan hati kau.

ceritakan pd aku ttg insan sempurna. ceritakan pd aku ttg pengakhiran yg penuh rasa bahagia. tidak akan ada. percayalah. jgn meletak harapan utk aku jd insan sesempurna kehendakmu. aku cuma manusia yg lahiriahnya sntiasa penuh dgn khilaf.

hampir setahun pertama, terlalu byk yg kau harapkan. aku menunaikan segala keinginan kau. permintaan kau, kerana aku ingin hidup bahagia. namun, mereka2 yg berhasad, pernah kau persoalkan kenapa? perit aku menanggung, pernah terbit rasa simpati? susah payah aku melawan perasaan malu dgn kata2 lancang yg kadang2 terbit dr mulutmu tanpa sengaja, pernah kau memohon maaf? tp yg jelas ketara terlihat hanyalah kesilapan aku.

kau kata, aku menghukum kau kerana ketidaksempurnaan kau. putar sedikit lagi masa kebelakang. siapa yg menghukum kerana ketidaksempurnaan itu? itu bukan kerja kita menghukum sesama manusia. itu kerja Tuhan. tidak ada makhluk di dunia ini berani melawan hukum Tuhan.

kau benci masa lalu aku. kau hina kegembiraan yg pernah aku miliki. kau caci detik2 indah aku, atas dasar kenapa aku masih merindui masa silam aku. kenapa kau tidak terlintas utk jd lebih baek supaya aku dpt melupakan masa lalu aku. kenapa kau tidak menjadikan aku bidadarimu jika aku pernah dilayan seperti seorang puteri suatu ketika dahulu.

aku tidak merayu kau menjadi sebahagian masa silam aku. aku tidak memohon kau memberi aku lebih. kau takkan jd dia. takkan jd siapa2. berubahlah utk menjadi lebih baik. perilaku memberi pandangan berbeza. lancang kata2 juga memberi rasa hormat berbeza. kawal amarahmu. jaga tutur katamu. ternyata kata2 malam td cukup buat aku rasa tidak mampu bersuara. ini komuniti. jika kau tidak pernah pedulikan tntang komuniti, fikirlah tntang aku yg perlukan komuniti utk hidup. jika keduanya tidak penting bgmu, aku faham. namun, aku tidak sesempurna mana utk diheret bersama kebiasaanmu.

tp bg aku, tak mengapa. aku insan tidak pernah sempurna. namun ternyata aku tidak mampu lagi menelan segala perit ini sndrian. terus terang, perasaan bercampur baur ini melemahkan aku. kenapa aku masih mempersoalkan masa laluku seolah2 aku masih hidup dgn angan2 masa lalu aku. krn aku rindukan kehidupan aku yg dulu. bkn krn dia.

kerinduan teman2 yg punya kehidupan serba sederhana. punya teman2 yg tidak lancang kata2nya. punya teman2 yg indah utk berkongsi segalanya. jika kau tahu bagaimana aku suatu ketika dahulu, pasti kau tertanya2.

bagaimana gadis sekeras aku pernah memakai skirt utk kesana kesini. bagaimana aku pernah mengenakan aksesori2 dan berjalan dgn penuh rasa cantik dgn lengkap bersolek. pengilat kuku, tumit tinggi, gaun, pin sana, pin sini, ribbon sana bunga sini.

hari ni kau melihat aku tanpa secalit solek, tanpa gaun, hanya jeans, tshirt, dan aku tidak lagi membawa perwatakan gadis semasa itu. yg tinggal hanya tugu beraja. pudar.namun hati aku tetap begitu, aku tetap wanita. tidak sekeras kamu.

Sunday, May 13, 2012

hello! :)

introducing new baby, :)

kesian lappy lama. masih bole digunakan cuma perlukan kesabaran yg amat tggi. thanx atas jasa2 mu Acer utk 5 tahun percintaan kita. aku masih cintakan kau. tak pernah berubah.

aku masih perlukan kau utk print2 esaimen. aku masih perlukan kau utk print gambar2. printer2 lame hnya dpt support dr laptop2 season begitu. tak gitu. 5 tahun bukan usia yg singkat. dgn kau aku bergaduh, dgn kau segala memori tercipta dan dgn kau juga menghubungkan dunia2 maya aku.

kehadiran lenovo ni memberi kelegaan pd aku utk segala esaimen2 mendatang. takde la masalah terpadam sendri berulang lagi lantas mengamuk krn esaimen itu hilang walaupun microsoft word itu autosave. T_T

thanx mama n babah f0r this 3 years birthday present. sekaligus T_T
muahx kiri muahx kanan. hiks.

komplit wahai makhluk2 putih ku. lappy, speaker, BB, n brodben. *hugs*

Monday, April 30, 2012

jangkitan kuman

fuhh fuuhhh *konon2 tiup abuk*

siyes, so long tak update blog. been busy like hell plus2 too much work, too much commitment, too much hi-tech test from the very-up-to-date lect. T_T

bru lepas habis cuti mid semester. seminggu tp jd 2 minggu sebab kebijaksanaan kengkawan replace kelas awal2, so that sume bole cuti 2 weeks since selasa cuti Labor Day. but aku blk awal sbb UiTM tak bodoh. die buat kursus 3 May ni involve part 4,5 and 6. so ekceli sume tak dpt na cuti 2 minggu sgt pun. puiiii!

takpe, nnt ujung may still got cuti rite? but for me, cuti is nothing cause its just the same. :)

so, when return home tak bole stop bersin. might be cuti seminggu so rumah kepam full of dust. da kemas2 so skng bole rest dgn tenang bersama perasaan berkobar2 na tgk The Avengers malam ni. hiks. beli tiket semalam utk cerite mlm ni cos they are all fucking fully book! so da dpt tiket, its a Nyawa u know! simpan elok2. hahaha.

within this one month tak buat any post in blog, byk cerite sbnrnya. kitorg dah ade trend baru skng ni.

"kau na pegi mane?cakap je"

know y? mesti smpai punya. ade kereta, ade duit sikit, dan yg pasti ade driver yg long lasting power. ups. hahaha. mula2 PD. na holiday la knon. since ade assignment, trus dilangsungkan. bak kata org, smbil nyelam sambil terteguk air yg masin nya pun adoi.

sibuk moving dgn assignment, ade one day tu, jalan2. as usual pegi dinner with these love la, adam, fara n muizz. since when tatau mcm tak bole dipisahkan. hahah. after dinner tiba2 mulut lancang sapa tah, nak pegi perak. well it goes. dlm kul 2 lebih kitorg gerak smpai ipoh dlm subuh cmtu. selamba.

tp driver K.O tido dlm kereta smpai langit cerah. hehe first thing masuk Kellie's Castle. mmg dr dulu aku na pegi, at last tercapai. hehehe. cuak jugak sebab beberapa kali ternampak kelibat2 tidak diingini dlm tu.

sebelum ke ipoh, ekceli ade one day tu kitorg buat selamba badak gak naek genting. kul 3 cmtu smpai genting, lepak old town kene kopi n roti bakar die, turun balik.hahaahha. suka2 hati. sejak duduk puncak alam, kehidupan terancam dgn jangkitan kebosanan. so die merebakkan virus2 cuak-bosan yg meng-boost kn tenaga2 utk pergi lebih jauh seperti mencari hiburan lebih dr biasa.

org sepatutnya lagi bosan habitat tersebut, lagi tergendala aktiviti utk keluar. tp since tiada vaksin lagi utk virus cuak-bosan ini, makanya virus ini telah memakan sel2 otak dan masuk ke arteri aktif manusia menyebabkan manusia bertindak di luar jangkaan yang membuatkan manusia tidak menghindari habitat mereka tp lebih terjerumus utk pergi lebih jauh sbg penenang utk tinggal lebih lama di habitat ini. *pheeww type one shot*

sebenarnya Puncak Alam ni ape? hahaha.

Sunday, April 8, 2012

tarik tali

aishhhh tak bole tido ni puwnn adoi aii. penat. I wish to lay down on home's bed sheet. weekend ni tak sempat pun nak balik, mama bz. time aku tak bz, dorg plak bz. time aku bz mcm na gila, dorg free smpai calling2 nape tak balik. T_T

ouhh dah 8 april. 5 april da lepas. terlupa. maafkan saya. kepala otak da serabut dipenuhi sampah sarap dan kerja2 masa depan. kalaulah awk bole faham. na wish pn tak mampu sbb da berlalu. lgpun, masa da beritahu kita. 3 tahun bkn lg milik kita. terima kasih.

terima kasih utk tempoh setahun tanpa kamu. dulu, sy sentiasa nombor satu. apa jua keadaan, di mana jua. semuanya rasa dihargai sampai suatu masa, kita decide utk ptuskan tali tegang tu.

susah jugak rupanya hidup mcm ni. tp sekurang-kurangnya sy belajar berdikari. lebih baek kita biarkan tali tu menegang, sebab lame2 tali tegang bole kendur jugak. kita taknak saba, terus na potong. sakit katanya kalau biar tali tu tegang lama2.

sampai ade org tolong pasangkan tali baru utk sy. kesian. bersawang sy biarkan tali baru tu sbb sy gigih na sambungkan tali yg kita dua2 potong tu. sampai penat tali tu tak bersambung jugak.

sy harap awak dapat hadiahkan tali baru utk sy. supaya sy bole jadi nombor satu lagi.

bukan sy tak suka tali baru tu. tali baru tu cantik sgt. indah sgt. tp tatau kenapa kadang2 sy nak tali baru ni mcm tali yg awak hadiah kat sy dulu. nak2 insiden semalam buat sy lg terluka bila sy tau adakalanya tak seronok bila ada yg terdahulu. sy nak jd nombor satu. sentiasa na jadi nombor satu. mcm mane lah!

bila cupcake sy tak sedap, awk makan sorg2. bila lengan baju sy koyak, awk teman sy jahit smpai siap. bila bag sy dah banyak, awk beli senyap2 supaya sy tak beli pakai duit sy sndri. bila sy lapar, awk pun jadi lapar supaya sy tak makan sorg2. bila sy marah, awk pura2 taktau sy marah supaya sy ketawa bila sy tgk awk tak phm sy tgh marah. bila sy takde, awk pura2 awk ok sbb awk yakin sy akan cari awak.

semua tu buat sy jd perasan. perasan sy lah sentiasa nombor satu bila awk hargai setiap pemberian sy. sbb hadiah tali awk tu tak pernah awk hadiahkan pada sesiapa. sy org pertama memiliki hadiah tali tu.

hati sy sakit bila awk tak cari sy lagi. sy ingt tali baru ni balut luka2 hati sy. rupanya bibir2 tali baru ni sgt tajam smpai calar-balar hati sy. manelah isi2 hati sy pergi smpai kosong jadinya. kalaulah ada mesin masa, waktu tali kita tegang, sy yakin sy takkan potong demi tali baru yg tak bersalah ni.

sakit tangan sy, skt bibir sy, sakit dahi, kepala sy. tah ape yg sy pertahankan lagi. ruang, waktu tak pernah bersuara. tp dgn kita, waktu takkan pernah beri peluang. malah kadang2 tak sempat pun. doakan lah yg terbaik utk sy, utk kita, utk hidup.

Wednesday, March 28, 2012

he's no longer

bila direnung2 balik, ditimbang disukat semula, rasa sayang dgn hubungan yg ada. tp entah lah, sumone had to sacrifice. kenapa? kita yg pilih utk jadi begitu. menyesal? dlm sesetengah perkara, kadang2 elok jika kita menyesal. atleast kita learn something. something yg kita tanak berulang lagi.

jgn menabur janji kalau janji2 itu takde kepastian. jgn beri harapan dlm erti kata laen. nampak hal kecik, tp beri kesan yg mendalam pada individu laen. lebih menyedihkan bila kita babitkan kwn2 laen. cukup terasa sedangkan bukan mereka, malah mereka tak hingin pun na involve dlm hal kita.

jgn bawa culture kamu dlm hidup kami. itu saja. culture hitam kamu, di torture, men-torture, ke dalam hidup org laen. utk pengetahuan kamu, tak semua hati2 di sekeliling kamu sekeras hati kamu.

aku sedih, aku kesian dgn environment kita bersama. thanks kau bawa aku dlm hidup kau. aku da merasa apa yg kau rasa suatu ketika dahulu. thanks so much.

enough for that. btw, congrats to rizwana hanan for your baby boy! 26 march 2012, jam 8 malam ea? tak sempat na jd org kajang ea? jd org johor pun ok la. congrats to both of you, wana and azwan. ada masa, aku jenguk baby kau. do inform me once you reach kajang. love, hug and kisses.

Wednesday, March 21, 2012

100% complete

hello Wed!

after several days, da lepas certain2 mukadimah presentation utk sem ni, hari rabu consider as hari heaven sbb ade satu kelas je n kelas ptg pulak tu! so the rest in the morning session bole bangun lambat, bole kemas2 bilik n rumah n have some relaxation moment.

few days ago beli dapur gas. fuyoooo! rumah da fully furnished! bestnye. n the best part bile bole masak. tgk dapo je nak masak. tgk dapo je na masak. saiko tak. ahahaha. nak2 fara bwk bahan2 mentah n others like sos, rempah2, gula garam beli kt market. so da complete.

seronok. kami pun da jarang kua mkn these 2 3 days. in terms of diet jugak sbb malas na kua, so sanggup starving mkn ape saja makanan yg ade kt pantry. kerlas ada pantry. no lah, its just a square fomica table. ala2 meja mahjung tu kan. buat pantry instead meja makan.

as planned, we should go to Penang this weekend for assessment. but since ade this and that consequences because of our carelessness, so Penang had been canceled and proceed with Port Dickson I guess.

so thats it. keep on track as a student even the money waterfall keep flowing with regret T_T. nak buat cmne, duit ptptn tu tak bole last longer. too much expenses especially bile pakai kereta. servis kete lg. last 2 days bateri kete kong. melayang rm150 gua. na buat cmne, ptptn should spent for academic purpose as well as living cost.

Sunday, March 11, 2012

its officially lah!

after a week officially living in Puncak Alam, well everything goes well. seronok. rumah almost 90% complete. thank you to several helpful person or so-wannabe-helpful person pun kire bole la. tatau la kot2 die saje na buat kite rase bersalah dgn jasa baiknya itu kan. btw, thanx a lot.

as promised, memperkenalkan sorg lg housemate. Nene namanya. theeheehee. thanx muizz for this little creature. jantan. camne. hahah. terpaksa salin baju sorok2. haha.
so, tinggal la kami bertiga dgn penuh rasa gembira dan kekeluargaan. hahah. cuma fara masih geli2 na pegang die. fara rela pegang landak dari Nene. apekah T_T

kelas seperti biasa cuma as usual, first to second week, perkara wajib di lalui ialah course registration di mana kami2 mmg akan hadapi masalah. turun s.alam semata2 na jumpa dr.salleh. alhamdulillah sume da di fix kan. cuma aku tatau aku bole bwk ke tak sem ni. sepertimana jatuh terduduk di timpa tangga lantas dihimpap pasu bunga akibat result last sem. tensen gak aku kene menatap muka kau wahai budak 3 pointer. sbb kau la result aku jatuh.

na bangun balik tu bukan perkara yg mudah wahai anak org kaya. kau ckp senang, sume perkara boleh di fix. naseb baek kau byk tolong aku. terpaksa aku memendam perasaan na jeb dahi kau laju2.

mengejar sesi graduation lebih awal bukan perkara mudah. jatuh bangun seseorg bukan shj atas diri sndri. orang sekeliling juga main peranan. jadi kawan2 di luar sana, jgn musnahkan hidup kawan anda kerana kepentingan perasaan sndri. kita tatau pusingan hidup kita ni. kadang2 bearing pusingan hidup ni tak menentu. Tuhan punya rahsia sndri.

ok, so back to reality. bermonolog kejap td. geram btul aku dgn manusia begitu kan. takpe lah. within this one whole week, duit kelua mcm air. tak sempat na pasang filter pun. yelah, na mulakan hidup kan, kene spent sikit la. lg pun, beli skali ni je.

tp biasa la, rumah org bujang. na ajak org dtg segan la. its a compulsory-home. takde deco2 eric ling pun. rumah asal bole bak kate budak2 skng kn. but its spacious la for kami berdua. alhamdulillah. everythings going well InsyaAllah.


Saturday, March 3, 2012

sakit

when talking about Perfectionist, could ever we wonder how this kind of person live?

menghitung hari2 utk bukak semester. its been 2 weeks after the result. life had changed. form A-Z. living in this lonely cube, no one to talk to. for me, a satisfaction achieved when hurting my own self- feelings and physically. freak.

I'll keep on blaming myself for what happened. agak unfair bila kita judge a person for his guilt. takde yg sempurna. sume pun buat silap. tapi. I love word TAPI since I know what it means. tapi, that feelings seolah-olah mcm da built-in dlm jiwa. sebati sejak kenal apa itu marah.

erti kata laen, kata mudah, pantang silap. in process of recovery, aku affected. mcm infections. mulut berbunyi je jadi salah, typing error in terms of not-so-interested topic pun jd fedap. wana told me,

"give a chance to your heart to forgive. than you may forget"

dear wana, aku da dgr quotes tu da lame. mcm mane na recover, ade je yg menyebakkan dada aku. he was born to be Hati Kering. EVER his entire life. why? I won't forget cause I never forgive? I've already forgave him. TAPI, aku da kehabisan reason. mungkin da tade ruang lg dah dlm hati aku. kesian. itu in terms of perfect dalam jiwa.

in terms of lifestyle, ya lah mostly perfectionist ni exist dlm lifestyle dorg la kan. some people pulak, they tried eagerly to look perfect in front of others instead being perfect. aku da penah rase hidup bergelumang dgn manusia stuck up. barang sume na branded. tak bole, allergic barang2 uptown.barang2 murah. padahal terdesak, barang2 uptown jugak disebatnya. tak mati pun? just na jd kaya, bermaruah. tp ditepi bibir je, kemana peginye?

aku jugak penah hidup dgn manusia yang serba sederhana. yang cukup menyenangkan walaupun kadang2 aku rase terhimpit krn terlalu berjimat! terus, aku lah mangsa keadaan krn cuba dptkan yg terbaik dlm kos yg diharapkan. ternyata, sikap begitu buat aku sakit!

dan juga penah dihimpit hidup bersama orang2 yang takbur dan bongkak. ceritanya, "aku ada semua". dr keluarganya hingga teman2nya. kau orang kaya. tiada yg mustahil untuk memiliki ribuan harga dlm satu hari untuk satu objek yg sedarkah objek itu mereput bersama keping2 ribuan itu jika ditimbus di dalam kuburmu nanti?

aku melihat. aku mendengar. aku takut.aku sebahagian dr itukah? bangunkan aku jika kau lihat aku sepertimu. pernah aku menyeksa jiwa aku menjadi perfectionist. terseksa jiwa aku krn terlalu taksub yang akhirnya aku kesal krn terlalu menjadi sempurna untuk sesama manusia tetapi tidak untuk Tuhanku!

memakan diri! sungguh Tuhan amat murka.

bawalah aku kembali ke jln yg di redhai-Mu Tuhan. aku menerima hukuman ini perlahan2. terlalu sakit hukuman dunia. tak terpejam mata kasar, tak tegenggam telapak tangan mengenangkan seksaan alam abadi itu nanti.

aku terlalu bersedih. aku hilang punca. sehingga air mata ini habis dikerah kelopak mata. sakit ditikam perasaan sendiri, tak terubat lagi dah luka2 ini. akhirnya mencari keredhaan Tuhan. aku malu.