Saturday, January 5, 2013

Hectic!

hye. Happy New Year.
lambat kan? mmg lambat. sbb bz teruk. bz beriye. takde masa berblogging segala. on past December, kitorg da pass kami punye Independent Study presentation. agak disappointed, so have to strive on report. so saaaddd!!

struggling pulak utk final exam utk final semester ni. hope no more examination after this. plis. cepat2 lah habis. nak keje, nak bina kehidupan. 

so sekarang tgh berperang dgn exam, start 3 january hari tu. timetable sgt kejam sem ni sbb tak bg peluang. adakah itu dugaan utk semester akhir yg special case mcm kami nih? 3,4 january, then 12,13 january and last 21 january. wth? paper sebelah2 tu killer subject kot. mmg bengang tp like it or not, I have to.

so da pass 2 paper, nak2 accounting. fuuuhhhh. disappointed lg skali. hope semuanya baik2 sahaja. waiting for next paper on 12 january. tp yg sakitnya, report Independent Study still on the go. kene betulkan lagi. rasa na meraung2 sbb nak kene fikir byk benda. 

rumah sewa lagi, nak pindah lagi, paper berturut2 lagi, n part time job after exam. ha? da dpt part time job pun..heehehehe alhamdulillah. 

Thursday, December 27, 2012

padan muka.

dalam riang2 hati, akhirnya usaha berhasil, tumpah juga air mata ni. tatau lah air mata ni utk apa. utk hati yg di calar2, utk jiwa yg da pergi, mahupun utk satu rasa, cemburu. ya, cemburu barangkali. kenapa msti ade sebelum.

bkn mrh ciptaan Tuhan, namun iri hati ttp wujud. knp aku kalau sebelumnya bagai langit dan bumi. kenapa aku kalau sebelum ni indah, bertahun2 indahnya.

aku tanak jd yg sama. sbb aku bkn org yg sama. aku tanak di layan sama. aku bkn dia. aku dpt bayangkan, die perempuan paling bahagia sblum ni. aku dpt bayangkan, die lengkap. lengkap satu sama lain.

ya, aku membanding bezakan. sbb aku selalu tak cukup. tak cukup utk segalanya. habis kenapa pilih aku? sekadar mengisi picisan2 kosong? sakit betul hati bila tau kebenaran.

kan lebih baik aku tak jumpa page tu langsung. kan lebih baik aku tak pernah berusaha utk itu. sedangkan aku da tau, hidupnya cukup lengkap, dgn kebahagiaan sebelum ni.

Sunday, December 16, 2012

sentap

hye hello.
tgh study beriye tibe2 takde mood. skali da on winamp, trus rase na berehat selamanya.
esok pepagi buta jam 9 ade presentation. melayang rm30 aku beli blazer kat peace2 kacang peace. haha.
1030 test hotel system. subjek bentara guru. ptg jam 230 test strategic. subjek syok sendiri. dah camne.

mmg bosan. semakin ke hujung, semakin nyawa2 ikan. tkde ruang utk bernafas. paling lawak, ade jugak jongos durjana suggest aku suh pegi tgk muvie hari ni? haih tak sekola btul. tau la blk kampung. sronok makan sedap, tido sedap, astro segala. aku yg homesick mcm gampang ni? terus kene rasukan ablasa sebab org suka ckp ikot hati, tak pakai otak. kan aku da sentap.

dah, na pegi belajar.

Thursday, December 6, 2012

desperate!

hye freakin' busy!
debaran semakin terasa. kepala yg semak semakin semak. hati semakin sakit. hidup semakin ke arah kehancuran. begitu abstrak kalau na digambarkan keadaan kami skrg. mcm takde rupa org. percaya atau tak, tido tah kemana hala, makan bila sempat.

presentation Independent Study just around the corner. 21 december. wish me n farah best luck! cuak berderau darah. keje semakin cramp di waktu2 masa semakin mendesak. lecturer seolah2 tanpa kompromi. desakan demi desakan. akhirnya tumpah juga air mata ni. aku tak cukup kuat nak hadapi ni. tp demi mengenangkan aku dah bertahan 4 5 tahun alam universiti, aku tahu aku mampu.

doakan kami supaya segalanya berjalan lancar. amin.

Tuesday, November 27, 2012

tadaaa! XD

hye hello.
happy upcoming birthday awk! ni gmbr celebration on 21 november hari tu. sorry dear sbb terpaksa buat awal due to biziness this week. celebrated by 4 person as usual. since awk yg terakhir antara kita berlima, so I've got an idea to make it earlier. haa daa. kan da tak sangka. sape sangke seminggu awal kan? pdn muka.

sorry semuanya unexpected. unexpected utk awak, as well as kami. know why? sbb plan na buat hari tu pun just happen masa dlm klas one or two days before. sbb da buat calculation, kalau buat weekend n dekat2, adam takde n awk pasti da bole hidu perkara2 tidak diingini. hahaha.

sorry sbb tak masak mcm birthday celebration yg lain sblum ni. kekangan masa. da bubuh dalam trolley da benda2 na masak. but out of sudden idea dtg, instead beli2, consume sama mcm Dominos. sbb tu la smua makan fast food. thanks to Aza dgn add-on begedil. so sedap. homemade begedil by Aza. :)

ade leftover macaroni, sy tumis la sikit kasi abis. tu yg dpt satu tray tu. so smua mkn smpai puas. n that cake, semua pn pakai coupon cake tu kan! hahahha. rolling je smpai end of the year. luckily you are the last person. n you've got a nice name on that cake! Petite, I love you dear. Happy Birthday sweet 24.


Thursday, November 15, 2012

cari pasal cari hantu


mlm td, geng bebal telah menyusahkan diri lagi. adam booking bilik karoke u olsss kt Carlton s.alam. karoke la kami berlima. ouh, kene introduce geng baru. aza. HAHAH. aza jep. kami karoke beriye smpai 2 jam. smpai muizz belikan aku strepsils. nyanyi lagu apelah smpai skt tekak. dasar. pantang bg mikropon.

cite tak abis kt situ. saje, purposely menempah susah pegi cari Mimaland yg da terkubur sejak 1994 tak silap aku lah. sejarah Malaysia ni aku lemau sikit. Mimaland yg telah ditutup gara2 masalah dalaman dan menurut blogger2 lain, terdapat kematian berlaku di Mimaland yg mendorong dorg utk terus shut down. 

so, kami ni konon2 seekers la kan. dr dulu lg kami mmg suka aktiviti ni. byk tmpt yg kami da jelajah spt belakang Zoo Negara, Highland Tower, Bukit Tunku dan Jalan bukit ampang. so far, kami takde gadget2 la. just bersaksikan mata. muahaha. siyes. those places mmg angker. to be honest. so smlm, kami ke jalan bentong lama. through gombak. 

mimaland punya lokasi sebelum muzium org asli. dlm maps menurut iPhone adam, jalan ke Mimaland tu ada, dan lokasi Mimaland dpt di detect. tp jalannya takde. cuma jln besar je ada. maknanya Mimaland da tertimbus di belakang2 rumah. menurut lokasi, kan kalau GPS die kelip2 kan kalau lokasi da dekat, so kami nmpak ade restaurant menghadang laluan ke Mimaland. mungkin masyarakat setempat da lama menyembunyikan jalan ke sana. siapa tahu mungkin byk rahsia yg kita tak tahu.

penampakkan entiti tidak di ingini mendorong aza (driver ketika itu) drive selaju bole. mmg angker. cuak sial. kami berlima lepak wangsa maju sambil pekena char kue teaw kul 3 pagi. hahaha. smbil2 tu bincang2 ttg lokasi 7 rumah terbiar di kajang. ape lagi, sampai terus! ahahahha. driver telah di take over oleh muizz as usual. sblm smpai di kajang, kami stay tuned kat belakang zoo negara, rumah sorg doktor dibunuh kejam satu family gara2 tak membantu pesakitnya. kat sini aku da cukup serik. cukup serik! dan spjg kami dlm laluan ni, aku hanya pejam mata tanpa melihat apa2. meremang!

melalui jalan2 di rumah2 kajang tu selepas ampang, perghh meremang ouh mcm lagu misha omar. angker la sial. jam 430 pagi kami melalui satu kawasan perkuburan islam, dan 7 buah rumah berhampiran sesama sndri. rumah besar bapak punya! tp buruk, abandoned and haunted mcm sial. sumpah seram. tercari2 jgk aku, tp alhamdulillah semuanya clear. cume rase kewujudan tu ttp ada.  

spjg perjalanan pulang ke puncak alam, aku rase semua flat ttido dlm kete. sian muizz, selalu jd mangsa drive snsorg. hampeh punya 4 org lg. hahaha. btw, kami nak jelajah jalan Mimaland tu lagi pd siang hari utk memastikan lokasi sbnrnya di mana. curious sgt2. tatau kenapa. 


past present future

wow. lama tak update blog. bz, busy, bizi, sibuk dan sewaktu dengannya. well, final sem yg sgt menggugat jiwa. sakit jiwa. sakit mata. sakit hati. segala sakit, maha sakit dlm diri. gituh. nampak tak betapa sakit nya jd org yg sibuk?

itu hal2 dunia. langsung tak seimbang dgn hal akhirat. hai la fazreen. ape lah nak jadi. T_T. 3 perkara terakhir utk di rekodkan kat sini sblum aku hilang ingatan utk hal2 dunia pasni. on 9 November lalu, aku dgn cinta hati pegi membazir duit kt pavilion kl. kaya kan? kayap sana rini. rabak kocek seluar. actually anniversarynya  10 nov, tp sbb ade wedding, kene la celebrate in advance. Happy Anniversary Sayang.

tak bole expose muka. tak hensem.

untunglah dpt bag lagi. ok dah. thanks awk. 10 & 11 November, Selamat Pengantin Baru, couz. Kak Nana. semoga bahagia ke akhir hayat. reception at Subang Jaya and to be honest, awesome gila. nice pelamin and dress. wow. tak sabarnya. HAHA. ok dah.
ketiga, selepas setahun, jmpe kwn lama yg tak berapa nak lama la kn. kwn cambest la knonnya. gitu. btw, thanx spend time dgn aku. wlpn sekejap. aku rase bulan ni adalah bulan pertemuan rakan2 lah. wana pn ada dtg jmpe aku 2 3 minggu lepas. yeah, I can't remember. be strong wana. me, always love you. *hugs*

smlm, pegi shah alam. konon2 na pegi jmpe org2 ofis bg uruskan hal2 kami ni kan. selamba sardin je dorg semua cuti. well, as usual. cmtu lah gayanya. so pegi hanya utk membazir minyak kerete. kaya kan? T_T. takpelah, dah kaya sgt, pegi la OU. knon2 na jalan2 ngn si fara ni. cmbese la die. ade je hidden agenda lah, insiden lah. semua tak dpt di elak. lagi lama aku hidup ngn kau, lg sewel la aku. HAHA.

cerita seterusnya, aku post jp lg.

Monday, October 29, 2012

theeheehee

diet. final semester.
wedding checklist. :)
*blush*

Sunday, October 21, 2012

hey kawan aku grad!

hai bestie! hmm not so bestie anymore lah. but you're still the one. hiks.
I just drop by your facebook. and its your graduation day! yeay! congratulations friend.
happy for you.
so how is it going? you already have a good job, hope in good position, love your work so much, have a very nice cute little girlfriend, your life almost complete friend. hope to see you soon friend.
well, its like I miss the moment with you. I mean in really friendliness way.
hope to have nice all night long chat with you, with out-of-credit calls and so drama through the phone. hope you still remember the drama, "ouh friend, my bestfriend had fall in love with you! Tidaaakk" hahah you're funny friend.
I always make fun of you, I always "duk kenekan kau" every single day. hahaha yea rite. he's no longer.
so friend, congratulations. I'm happy! Indeed. Good Luck!

Sunday, October 7, 2012

silent

hai afzal.

td pegi cheras. lalu je la. tak singgah pun. just drop by shell ngeri tu. ingat lagi? hahha. takut btul kalau ingt moment tu. tak perasan pn rupanya aku stop isi minyak kt shell ngeri tu. bile da stop, aku gerak nak ke kaunter, aku ingt moment tu out of sudden. it brings me you. You.

afzal, aku sedih.

aku takde kawan nak bercakap pasal boyfriend. aku takde pilihan selain senyap. org tak kenal aku zal. org tak faham aku. aku belikan kek zal. kau nak? kau mesti berebut amik even aku tak belikan utk kau pun.

tp hari ni aku ade dua kek. aku makan sendiri zal. takde org na berebut dgn aku. boring la zal takde kau. balik la. jgn senyap je.

lately wana bz zal. da lame tak dpt kontek wana. fara bz sama cm aku zal. tp fara takde kwn mcm kau. kwn2 die semua lg bgus dr kau.

kek ni sedap zal. kakak aku buat. die jual. smlm aku tlg kakak aku meniaga kt rasta. tmpt kau tumpahkan air atas kakak megi. hahah. aku beli dr kakak aku sndri zal. so kek ni special sgt. sbb aku beli. salu kau beli kan?

afzal, td aku lalu cheras. lalu kt flyover motor kau breakdown pukul 1 pagi. aku nampak kau td. tp xsempat nak berenti. kete byk.

td before aku jln smpai cheras, aku pegi damansara. aku ingt nak ajak kau lepak wondermilk. minum susu shake perisa hantu kata jimo. haha. tp aku tak smpat pegi. aku ade hal lain. nnt teman aku zal. kau tak mkn takpe, tp teman aku.

bercakap la dgn aku afzal. call la aku.

aku rindu kau weh. sgt2. :(