Thursday, November 15, 2012

past present future

wow. lama tak update blog. bz, busy, bizi, sibuk dan sewaktu dengannya. well, final sem yg sgt menggugat jiwa. sakit jiwa. sakit mata. sakit hati. segala sakit, maha sakit dlm diri. gituh. nampak tak betapa sakit nya jd org yg sibuk?

itu hal2 dunia. langsung tak seimbang dgn hal akhirat. hai la fazreen. ape lah nak jadi. T_T. 3 perkara terakhir utk di rekodkan kat sini sblum aku hilang ingatan utk hal2 dunia pasni. on 9 November lalu, aku dgn cinta hati pegi membazir duit kt pavilion kl. kaya kan? kayap sana rini. rabak kocek seluar. actually anniversarynya  10 nov, tp sbb ade wedding, kene la celebrate in advance. Happy Anniversary Sayang.

tak bole expose muka. tak hensem.

untunglah dpt bag lagi. ok dah. thanks awk. 10 & 11 November, Selamat Pengantin Baru, couz. Kak Nana. semoga bahagia ke akhir hayat. reception at Subang Jaya and to be honest, awesome gila. nice pelamin and dress. wow. tak sabarnya. HAHA. ok dah.
ketiga, selepas setahun, jmpe kwn lama yg tak berapa nak lama la kn. kwn cambest la knonnya. gitu. btw, thanx spend time dgn aku. wlpn sekejap. aku rase bulan ni adalah bulan pertemuan rakan2 lah. wana pn ada dtg jmpe aku 2 3 minggu lepas. yeah, I can't remember. be strong wana. me, always love you. *hugs*

smlm, pegi shah alam. konon2 na pegi jmpe org2 ofis bg uruskan hal2 kami ni kan. selamba sardin je dorg semua cuti. well, as usual. cmtu lah gayanya. so pegi hanya utk membazir minyak kerete. kaya kan? T_T. takpelah, dah kaya sgt, pegi la OU. knon2 na jalan2 ngn si fara ni. cmbese la die. ade je hidden agenda lah, insiden lah. semua tak dpt di elak. lagi lama aku hidup ngn kau, lg sewel la aku. HAHA.

cerita seterusnya, aku post jp lg.

Monday, October 29, 2012

theeheehee

diet. final semester.
wedding checklist. :)
*blush*

Sunday, October 21, 2012

hey kawan aku grad!

hai bestie! hmm not so bestie anymore lah. but you're still the one. hiks.
I just drop by your facebook. and its your graduation day! yeay! congratulations friend.
happy for you.
so how is it going? you already have a good job, hope in good position, love your work so much, have a very nice cute little girlfriend, your life almost complete friend. hope to see you soon friend.
well, its like I miss the moment with you. I mean in really friendliness way.
hope to have nice all night long chat with you, with out-of-credit calls and so drama through the phone. hope you still remember the drama, "ouh friend, my bestfriend had fall in love with you! Tidaaakk" hahah you're funny friend.
I always make fun of you, I always "duk kenekan kau" every single day. hahaha yea rite. he's no longer.
so friend, congratulations. I'm happy! Indeed. Good Luck!

Sunday, October 7, 2012

silent

hai afzal.

td pegi cheras. lalu je la. tak singgah pun. just drop by shell ngeri tu. ingat lagi? hahha. takut btul kalau ingt moment tu. tak perasan pn rupanya aku stop isi minyak kt shell ngeri tu. bile da stop, aku gerak nak ke kaunter, aku ingt moment tu out of sudden. it brings me you. You.

afzal, aku sedih.

aku takde kawan nak bercakap pasal boyfriend. aku takde pilihan selain senyap. org tak kenal aku zal. org tak faham aku. aku belikan kek zal. kau nak? kau mesti berebut amik even aku tak belikan utk kau pun.

tp hari ni aku ade dua kek. aku makan sendiri zal. takde org na berebut dgn aku. boring la zal takde kau. balik la. jgn senyap je.

lately wana bz zal. da lame tak dpt kontek wana. fara bz sama cm aku zal. tp fara takde kwn mcm kau. kwn2 die semua lg bgus dr kau.

kek ni sedap zal. kakak aku buat. die jual. smlm aku tlg kakak aku meniaga kt rasta. tmpt kau tumpahkan air atas kakak megi. hahah. aku beli dr kakak aku sndri zal. so kek ni special sgt. sbb aku beli. salu kau beli kan?

afzal, td aku lalu cheras. lalu kt flyover motor kau breakdown pukul 1 pagi. aku nampak kau td. tp xsempat nak berenti. kete byk.

td before aku jln smpai cheras, aku pegi damansara. aku ingt nak ajak kau lepak wondermilk. minum susu shake perisa hantu kata jimo. haha. tp aku tak smpat pegi. aku ade hal lain. nnt teman aku zal. kau tak mkn takpe, tp teman aku.

bercakap la dgn aku afzal. call la aku.

aku rindu kau weh. sgt2. :(

Thursday, September 27, 2012

yeay! yeay!

hye ouh hello.
long time tak update. bz hell dgn permulaan semester as usual. well, syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan yg pasti, aku berjaya melepasi semester 5, with flying colors intersesi result. Alhamdulillah ya Tuhan. tak sia2 berjuang menuntut ilmu di bulan Ramadhan. gituh.

berjuang habis-habisan utk final semester with final year project, independent study, as usual collaborating with sape lg kalau tak fara nadia kn. ever. haha. dpt advisor mdm nora, as we wish. ada kawan2 yg propose na dpt certain lecturer, failed. so alhamdulillah kami dpt ape yg kami propose. doakan segalanya berjalan lancar.

without doa n support family, aku tak segagah ni skrg. with difficulties, personal problems involved thousands people, with guilt, aku berdoa supaya Tuhan permudahkan segalanya. InsyaAllah.

what makes me so damn fuckin happy skng, result intersesi semalam had increased my CGPA. even tak bole la na kelas pertama kepujian, but at least I try for it. still trying. keep trying. again, and it will be last I hope, semester ni agak tough. so, hope everything is going well.

me so happy jgk sbb I'm officially Samsung user. yeay! at last! ememe berlagak tak baik tau.  :)
but I'm not so happy because I'm no longer celcom user.
but still, at this moment, keep smiling with me, coz no heartache yet. hiks. keep with your broken english faz.

Tuesday, September 18, 2012

the end

some stories came out with different ending. mcm2 ending kite bole tgk. well, that is it. I can conclude that, some happy stories, tak semestinya ade happy ending. also vice versa. people create story, people create memories. but people usually never predict the ending of the stories.

well I guess, I found the ending.

last night, the feelings like killing me. I'm watching those things, trying to stop the tears falling. yes, I do. I will.

that place, Ampang. tells thousands memory, tears, and some lessons. so, last night with mybrave heart and heartache, I burnt my own money.

with anger, with tears bleed in my heart, I fulfilled the box with petrol, burnt it and left the place. I won't come again. Indeed.

its like burning my own money, but I had gave it to you. so its yours. not mine. Thank you.

Friday, August 24, 2012

Eid Mubarak

Salam Aidilfitri.
first Syawal, as usual la, tak complete. :(
kakak raya kajang tahun ni. so ni almost complete pn kire ok la.
ade maklong skali ekceli. tp maklong duk tepi time ni.

raya tahun ni sgt bersederhana. guest pn tak ramai. rmai ngn sedara2. happening sbb generasi seterusnya da mula membesar dan byk kerenah. mmg riuh rendah rumah ni. :)
ni pic raya. raya ketiga bru dpt gather sume complete with kakak's fam. kitorg blk kampung kt terengganu. best and best so so much! best sbb dpt balik sama2 even not so so dgn relative belah2 sana.
on the way na blk tganu, mmg saje na piknik tpi pantai. syoknya lunch ramai2. funny things happen, with abg amzar n baby airis yg tak habis2 got issues. hahaha.
lunch at Pizza Hut mesra mall. on the way na blk bentong plak. along belanje. :)
what a wonderful Eid Mubarak. love you, familia. indeed.

so touched to see everyone packed their stuff. imagining mama n babah's feeling. this home back to reality, empty.

p/s: takziah to my classmate, pija for her lost. al-Fatihah.

Friday, August 3, 2012

Alhamdulillah :)

bismillahirahmanirrahim. syukur ke hadrat Ilahi, selepas kejatuhan sem lepas, ternyata kejadian tu memberi tamparan hebat pada aku yg lemah ini. lemah dengan dugaan-Mu ya Tuhan. lemah dengan nafsu nafsi ku sendiri. aku kalah dengan takdir ciptaan ku sendiri. sentiasa menyalahkan keadaan atas kesilapan aku sndiri.

sem bru berlalu lepas, aku belajar dr kehilangan. aku belajar mencintai diri aku. aku belajar mensyukuri setiap nafas pinjaman ini. Tuhan, dugaan bertimpa melanda setiap ciptaan-Mu. krn aku percaya setiap dugaan itu pasti punya rahsia tersendiri.

terlalu berat utk dilalui sendirian sem lepas. walaupun farah tak pernah tinggalkan aku, namun manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan, dr terlanjur perbuatan. hati yg sakit, akal tidak waras, ego menguasai dan amarah yg marah. terlalu byk air mata, perselisihan faham dan caci makian. siapa kita menghukum kita sesama manusia?

Tuhan, Kau telah tunjukkan ketabahan kpd kami. berkat usaha kami, limpahan doa2 orang tua kami, kecintaan Kau kpd hamba-hamba mu, Kau telah temukan kami dgn hasil yg kami usahakan.

org pertama yg aku dapat peluk ketika keputusan itu keluar adalah satu-satunya org yg paling byk menghabiskan waktu detik bersama aku. kami berkongsi kejayaan ini. aku bersyukur krn terlepas dr permulaan azab kepada penghujung alam degree ini. akan datang lg dugaan2 Mu Ya Allah. aku redha jika aku harus laluinya lagi. sekurang-kurangnya, aku sudah bersedia.

telah ku limpahkan syukur-syukur kepada-Mu ya Tuhan. alangkah jika mama dan babah di sini. ya, sebentar lagi. berkobar-kobar utk menyampaikan pesanan ini. alangkah gembiranya hati ini, Kau sahaja yg tahu.

walaupun tidak sehebat teman yg lain, peningkatan dlm peperiksaan kali ni telah membuka pintu semngat aku utk mendapat lebih dr yg ada skrg. berilah aku kekuatan utk semua dugaan-Mu lagi. sejarak lagi utk aku menamatkan perjalanan degree ini. InsyaAllah. berikan keizinan-Mu ya Tuhan.

adam, muizz, farah, kita dah berusaha sehabisnya. jika kita jatuh, bangunlah. dan ingat, ada yg pernah jatuh terduduk sehingga hilang semua semngat utk bangkit lagi. ada yg hilang kenikmatan alam belajar krn emosi mangawal akal krn kejatuhan. aku melalui semua tu. aku hilang satu keyakinan utk percaya pd diri aku sendri. peningkatan yg aku miliki skrg, bukan shj usaha aku sndri, bukan sahaja berkat doa2 kita bersama, bahkan kalian juga menjadi tulang belakang utk aku bangun semula.

tahniah sahabat di atas kejayaan kita bersama. Tahniah.

iri hati dgn keputusan org lain, aku cemburu dgn kejayaan org lain. merasakan aku tidak berguna langsung utk keluarga, bahkan tidak dpt menjadi contoh utk org lain. aku malu. hari ni, aku perolehi salah satu aku impikan. walaupun pada aku masih tidak memadai, tp cukup utk membanggakan aku. terima kasih kawan2.

syukur pada-Mu Tuhan. Alhamdulillah.

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

ramadhan al mubarak menjelma lagi. tahun berganti tahun, sekejap sgt masa berlalu. meninggalkan cerita2 lalu. setiap kali ramadhan, pasti mengimbau seribu cerita walaupun pergerakan ramadhan itu berbeza dari tahun ke tahun.

indahnya ramadhan, bulan mensucikan segala hitam-hitam di dalam hati. bulan memberi kemaafan kepada pengkhilaf-pengkhilaf di dunia. sekadar mengingati kita sesama umat manusia akhir zaman, ramadhan ini berilah kemaafan, berilah kecintaan sesama kita. bkn mencaci. bukan pengaiban atas dosa2 silam.

fokusnya, jgn kerana khilaf kita di waktu kejahilan dahulu, masih menjadi batu penghalang utk kita berubah. kenapa kita menongkat langit memperheboh dosa2 org lain, membuka aib nya ketika itu dia masih jahil? kenapa seakan ramadhan ini menjadi bulan perheboh dosa silam sedangkan ramadhan ini sepatutnya menjadi titik permulaan kehidupan seseorang.

bukankah setiap hamba di bumi Tuhan ini layak diberi peluang? ingatlah, Tuhan menjadikan manusia itu berakal, beriman pd Tuhannya, tidak kira apa jua agama, dan yang pasti akal dan nafsu manusia lah terlemah sekali utk didorong syaitan nirojim. bersama kita saling mengingati, bkn mencaci, bkn mengaibkan, malah lebih berhati-hati dr melakukan dosa.

ingatlah, kita manusia berkata-kata, arif berfikir. kita juga dipenuhi dan dibebani dosa terhimpun. siapa kita menilai seseorang lebih2 khilafnya dahulu? bknkah masing-masing sudah diberi peluang memohon keampuanan Ilahi?

indahnya ramadhan, kita dihujani rezeki2 makanan, dibuka pintu rahmat utk lebih dekat dengan-Nya. segalanya terletak pada nafsu mu. Tuhan telah hindarkan syaitan dr kita. apa lagi alasan utk tidak beramal, utk menjadi tamak, berdamailah kami umat manusia. beri kemaafan. saling menasihati. InsyaAllah.

Wednesday, July 11, 2012

it's Final Exam lah!

lama tak update blog. sibuk dgn final exam start 27 june lalu. heading to final semester. ouh tak sabarnya. so, last paper on this saturday, 14th july. and break for 2 weeks, mental preparation for intersesi pulak. nak abis cepat kn. T_T

if aku complete intersesi ni, insyaAllah aku tamat belajar awal tahun dpn. doakan kecemerlangan aku. tak saba da aku na kelua dr sini. faktor usia jd punca jugak da tak bole na mengadap buku2 ni. otak da lembab na berpikir. kaki, tangan, belakang pun da tak kuat na naek tangga tinggi2, na stay up malam2.

nak habiskan paper maha penting Hotel Design Layout and Landscaping sabtu ni. subjek yg mengundang pelbagai kedukaan. baek relationship aku dgn kwn2 aku, dgn bekas taperware aku, sume2 lah. sakit melalui satu semester sbb subjek yg konon2 lepas abis blaja nnt sume jd arkitek wannabe bertukang buat bilik hotel. berat sgt subjek ni, dan die la last payper penutup exam sem ni. so kene strive for it.

hope so takde sangkut paper mcm zmn diploma dah. I cant take it anymore. haha.