Tuesday, February 26, 2013

new life begins

seminggu ni aku buat bentong-kl mcm pegi raub je. maklumlah, sejak unemployed ni, uruskan keluarga la pulak. alhamdulillah, rezeki tak putus. dpt job offer di luar sana. bukan luar negara. cuma luar negeri. ok, subang je. actually petaling jaya. ah lantak la. mana2 lah. rezeki.

so start keje on upcoming 4 march. nervous nok. I'm no longer a student. I'm no longer trainee. I am an organization's employee. mcm di stated dlm surat tawaran. as well as my besties yg lg dua org tu, dorg start sem on the same day my registration. same goes to farah, start keje 4 march jugak. all the best utk kita semua. good luck.

so, in between ni, it should be holiday planning. mcm dirancang, kami bertiga akan ke Krabi, Thailand. tp on last minute cancellation, as usual lah. sumthing yg tak bole di elak. and i guess, once aku da start keje, no more holidays. takkan bru start keje da na apply cuti kan. so, korg yg super free next sem, have fun. envy gila. rase na blk student life. poyo babeng. keje pun tak lg. hahahah.

disebabkan takde Krabi, aku meng-google la beberapa rumah setinggan utk disewa. luar je setinggan. dlm kondo. muahah. mmg plan na stay rumah kakak dlu since uma kakak n ofis aku takes about 10-15 minutes je. tolak jem haram J tu kan. tp smpai bila na menumpang. ruma org kawen plak tu. segan la aku even my own sister allowed me with pleasure.

kadang2 rase cemburu tgk beberapa kwn2 yg na start keje jgk. ade yg da start, ade yg start sama aku. seronok bace status2 dr kaki2 status kan. bkn cemburu ape, yelah, masing2 punya boyfriend tolong tanyekan org, boyfriend tolong carikan rumah sewa. haih rezeki masing2 dikurniakan pasangan hidup masing2. mungkin sifat aku yg terlalu independent, sbb tu la org tak bape prefer nak tlg aku. haha. loser.

susah na cari rumah murah area2 dkt dgn tempat keje aku. maklumlah, kota raya. kalau nak murah, duduk ceruk2. hari2 sebelum subuh da kelua uma. cikgu alif selamba je duk subang ulang alik keje genting. tp aku bkn cikgu alif. tu la masalahnya. hahahah.

haih la umah sewa. susahnya nak dapatkan kau.

again

tahun berganti tahun. Ia masih begitu. Tetap sama.

Happy Birthday Bulat
Semoga panjang umur n murah rezeki.

Saturday, February 16, 2013

alhamdulillah

alhamdulillah. setelah sekian lama belajar. akhirnya, tamat sudah perjuangan. smlm result utk final semester aku been announced. kering darah aku. tp alhamdulillah semuanya lulus walaupun kurang berjaya. tak kisah, jnji lulus.

belajar ni takkan habis. smpai mati pun kita sentiasa belajar. namun meninggalkan alam universiti akan jadi satu kenangan yg sgt.. "no komen".

takleh nak describe. tp yg pasti, alam universiti alam yg paling best. best sbb kau dah besar. kau ada classmates. boleh gadoh, boleh gelak, boleh act jd manusia paling tah pape alam semesta ni. siyesly. dan aku tak fikir utk kembali ke alam itu. maafkan aku master, aku tak mungkin memiliki kau.

segulung ijazah bakal diterima bulan may ni. wow. mcm mimpi. rasa baru je fly pegi sarawak. nangis2 demam smpai dkt seminggu, homesick punya pasal. da naik sheikh, tanak blk semenanjung plak.

babah murka, bwk jgk blk. kampus melaka tempat aku membesar. kenal erti susah. dulu kat srwak, sekali satu sem bru dpt blk. jemput, hantar. flight pun driver bwkkan. hihi. bila masuk melaka, susah sbb kene beli tiket bas, blk naik bas. smpai kl, naik train, naik teksi blk ruma jln kuching.

bila da meningkat sikit, babah n mama hadiahkan kereta. alhamdulillah. terima seadanya. kiranya kalau dpt kancil second hand pun da abis best dah. viva elite, cinta hati smpai skrg.

alam degree totally tak sama mcm diploma. semakin dewasa. semakin galak. namun, kedewasaan lah yg ubah byk corak hidup negatif aku. aku kembali normal bila mula duduk ruma sewa. semakin seronok bila semakin bebas. kadang2, kebebasan melangkaui batas2. namun, yg batil tetap jauh.

byk benda, byk perkara yg perlu ditenung sejauh2nya. byk kesilapan kita dlm kehidupan sesama manusia. tamat perjuangan ni, blum tntu menentukan siapa kita.

semalam, ade interview di subang jaya. aku melihat ramai org kat situ, rasa kerdil. ntah apa yg aku fikirkan. dan esok, ada satu lg panggilan interview. kali ni mungkin rezeki aku jauh sikit dr kotaraya yg bkn ter-list dlm satu impian aku utk bekerja. sekadar mencuba. doakan rezeki aku. in shaa Allah. amin.

Saturday, February 9, 2013

noktah.

saat terindah di saat aku mulai terasa
sempurna cintaku pada kamu tika ku bersama

kini tiada
kau balas cintaku dengan dusta
percuma cintaku pada kamu sungguh ku terseksa

tapi ku cuba mengerti
dan ku cuba untuk fahami
lewat semua waktu ku untuk dirimu

maafkanlah pintaku begitu
tak terdaya tak mampu menjaga cintamu
hapuskanlah setulus kau khianati
usah pernah tangisi
maaf sejuta kata
ku takkan cuba kembali

Friday, February 8, 2013

patah seribu cenggini

walau kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu
ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
bilakah kau akan utuskan surat buatku
aku terus menunggu tibanya kata cintamu

patah seribu hatiku
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

biar pergimu tanpa relamu
namun hatiku tetap berasa kejamnya
kau meninggalkan ku dengan nota-nota cinta buat kita berdua

bilakah ku bisa menerima ketiadaanmu
kan ku bakar semua
hapuskan semua kenangan

sayangku mohon padamu
segera tinggalkan ku
pergilah kau ke tempat yang kau tuju
pasti ada hikmah buat mu
juga buat diriku
Pergilah

back off

selamat petang.

sejuk dan sunyi. yg ada hanya bunyi mesin rumput jiran yg aku pn wonder kau nak mesin rumput ape time2 hujan ni. 2 3 hari ni rase berbeza. hati ni berbeza. tak mcm selalu. sentiasa bersemangat.

mungkin kesan result dah nak klua. tp xjugak. mungkin ade cerita di sebalik hati yg berubah ni. mungkin betul kata mereka, sifat memendam ni sangat tidak baik. jd bila beberapa perkara terpendam terlalu lama smpai jadi perkasam, aku pn mengaku kalah.

pertama, soal bertewas. siapa dan apa. aku pun tak paham kenapa dgn aku pn kau jadik. heran. kau nak bertewas dgn jiran kau ke, dgn kawan2 kau yg kaya2 tu ke lantak kau la. ini dgn aku yg takde ape2 ni? haih.  soalnya, pasal ipad je.

knp aku tak pnh tau pun pasal ipad tu selama ni? bila aku mentioned aku na beli ipad, ouhhhh tak semena-mena kau dah pun beli ipad. ha? bkn sekali ni je. dlu ade skali. aku mentioned nak beli ape tah. ouh tiba2 kau pun penah ade. mcm pengalaman jgk. aku ckp aku penah mcm ni, kau pun penah mcm tu jgk. byk kali dah nih.

rase terpinggir sbb tiba2 dah upload gmbar. tak share happiness beli ipad tu ngn aku pun? lgpun necessary ke? bkn ke phone canggih kau dah merangkumi semua? ipad tu utk apa? utk dibangga2? dibuai2 supaya org nampak, "ouhh kayanya kau"

nmpk cm ayat aku jeles ke? aku bkn jeles. cuma aku rasa pembaziran. ouhhh. bkn la aku kata kalau kau tak klua duit utk ipad tu kau boleh kawin, tp etlis takde pembaziran kat situ. dan kau boleh topup duit simpanan kau utk AIM kau katanya.  abah kau. ari tu kau kata konon ade target, dah kalau duit sesen pun pantang tgk, aku xpercaya ttg future kau. sorry. a bit harsh kat sini.

tup tap tup tap dah upload. dah complete katanya. aku, mak aku tgk gmba instagram tu sama2. mak aku pun wonder. even mama pakai note tu pun tak pakai ipad sgt sbb note die dah merangkumi semua. aku pun tak paham kenapa kene ipad tu. isu kan? mmg isu. sbb aku tak phm. kalau aku phm xjadik isu.

bila tak nampak future kat situ, maka aku start back off. skrg faham kan?

kedua, nampak tak menarik bila aku ckp soal sekolah. yelah, hari2 aku cerita pasal anak murid aku yg bengap tu kan. aku pun heran, mcm kau pikul semua tanggungjawab dlm keluarga kau. mana mak kau? kenapa kau nak kene masak? mana mak budak kalau semua kau kene uruskan? padahal siang budak tu duduk rumah babysitter tak silap. dah blk, mcm kau pulak bapak budaknya.

mcm ilang respek kan ayat aku? mmg pun. aku dah penat. aku hairan. aku phm tanggungjawab kau pd keluarga. tp bru na masa sikit, da kene kelua pegi sana pegi sini. bz mengalahkan CEO. bila aku slow talk ngn mama, mama kata, think twice. tu je.

bila masuk alam sekolah as guru ni, aku berkawan dgn org2 educated. akak2, dan kawan2 guru lain. jd aku dgr pendapat berbeza2 hari2. mentaliti aku jd boleh adapt dgn real life. nak2 main saikologi dgn kanak2. kat situ pn aku belajar byk perkara. jd hari2 aku melihat future. bila aku melangkah masuk ke sekolah, aku mula conversation dgn kawan2 guru, ape yg aku nmpk adalah future. semua conversation bernilai kalau nak compare zaman belajar.

bila dgn rakan2 guru, dah takde gurau2 mcm dgn farah dlu. dah takde istilah "berani kau", "lawak gila do kau". siyes, nampak skema. tp bg aku, itu necessary bg seorg manusia. sbb tu dorg terpilih utk jd pendidik. krn dorg tinggi ilmu dan pengalaman.

so, bila bercakap, aku nampak kematangan kat situ. soalnya, ttg future. bila berkawan dgn dorg, aku lebih mahir dlm membuat pilihan buruk baik terutama utk aku yg masih bujang, yg masih tercari2 future life. jd maafkan aku kalau aku memilih langkah begini.

bila ditanya, takde sorg guru pun ade ipad. saje buat soal jawab since guru2 kat situ cuma 14 org. sekolah kecik kan. paling canggih phone dorg SII kot. SII? phone aku la tu. sial. aku malu. paling bodoh phone cikgu dpn aku, BB curve 2. kau? nahhh. COMPLETE SET kan. nampak tak sifat berlagak kau kt situ? kau akan deny. kau akan defensive spt selalu. malah mengamuk kalau kene tegur. tp itu realitinya. terima itu sbg satu kelemahan.

maafkan aku, krn terlalu berterus terang.

Tuesday, February 5, 2013

cari makan

hye peeps!
imagine, this winter at genting highlands seriously is killing me. winter kauuuu! hahaha. seriyes, mmg sejuk. kata org2 kat sini, bulan February mmg bulan sejuk. nyaman mencengkam hingga ke tulang temulang. tulang empat kerat ni yg tgh menimba pengalaman before betul2 memulakan alam pekerjaan yg epik.

da seminggu ber-part time di sini. hari2 udara segar, menghirup kabus2 dr puncak tertinggi di bentong. ceritanya, tak seronok langsung. dealing dgn kanak2 ribena dan dikelilingi budak2 yg tak payah pegi sekolah pun takpe adalah tidak cool. mmg sucks.

kiraannya 3 minggu. 3 minggu penuh penantian. tp takpelah. dpt gaji kott! nothing's free nowadays. hahaha. as well as ade gaji penah cukup ke bg seorg manusia? semua pn xpnah cukup kan. HAHA.

last night ade insiden kesentapan hati perasaan. mama keep talking about wedding. na warna ape, na design cmne, na hantaran ape. why. why. aku dah takde hati lah. dah malas nak fikir. seriyes, bg aku, penerimaan ttg isu perkahwinan ni bkn sesuatu yg menarik lagi dah. perasaan eager tu dah ilang. ntah bila perasaan ni na wujud lg. mungkin 2 3 tahun lg? mungkin 3 4 tahun lg? lantak lah.

dah akhirnya, membawa air mata. meraung sepuas2 nya. atas alasan apa, ntahlah. pagi ni, mata kiri tersembul tanpa punca. harus berpura2 sakit supaya anak murid aku tak fikir aku didera. hahaha.