Friday, August 24, 2012

Eid Mubarak

Salam Aidilfitri.
first Syawal, as usual la, tak complete. :(
kakak raya kajang tahun ni. so ni almost complete pn kire ok la.
ade maklong skali ekceli. tp maklong duk tepi time ni.

raya tahun ni sgt bersederhana. guest pn tak ramai. rmai ngn sedara2. happening sbb generasi seterusnya da mula membesar dan byk kerenah. mmg riuh rendah rumah ni. :)
ni pic raya. raya ketiga bru dpt gather sume complete with kakak's fam. kitorg blk kampung kt terengganu. best and best so so much! best sbb dpt balik sama2 even not so so dgn relative belah2 sana.
on the way na blk tganu, mmg saje na piknik tpi pantai. syoknya lunch ramai2. funny things happen, with abg amzar n baby airis yg tak habis2 got issues. hahaha.
lunch at Pizza Hut mesra mall. on the way na blk bentong plak. along belanje. :)
what a wonderful Eid Mubarak. love you, familia. indeed.

so touched to see everyone packed their stuff. imagining mama n babah's feeling. this home back to reality, empty.

p/s: takziah to my classmate, pija for her lost. al-Fatihah.

Friday, August 3, 2012

Alhamdulillah :)

bismillahirahmanirrahim. syukur ke hadrat Ilahi, selepas kejatuhan sem lepas, ternyata kejadian tu memberi tamparan hebat pada aku yg lemah ini. lemah dengan dugaan-Mu ya Tuhan. lemah dengan nafsu nafsi ku sendiri. aku kalah dengan takdir ciptaan ku sendiri. sentiasa menyalahkan keadaan atas kesilapan aku sndiri.

sem bru berlalu lepas, aku belajar dr kehilangan. aku belajar mencintai diri aku. aku belajar mensyukuri setiap nafas pinjaman ini. Tuhan, dugaan bertimpa melanda setiap ciptaan-Mu. krn aku percaya setiap dugaan itu pasti punya rahsia tersendiri.

terlalu berat utk dilalui sendirian sem lepas. walaupun farah tak pernah tinggalkan aku, namun manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan, dr terlanjur perbuatan. hati yg sakit, akal tidak waras, ego menguasai dan amarah yg marah. terlalu byk air mata, perselisihan faham dan caci makian. siapa kita menghukum kita sesama manusia?

Tuhan, Kau telah tunjukkan ketabahan kpd kami. berkat usaha kami, limpahan doa2 orang tua kami, kecintaan Kau kpd hamba-hamba mu, Kau telah temukan kami dgn hasil yg kami usahakan.

org pertama yg aku dapat peluk ketika keputusan itu keluar adalah satu-satunya org yg paling byk menghabiskan waktu detik bersama aku. kami berkongsi kejayaan ini. aku bersyukur krn terlepas dr permulaan azab kepada penghujung alam degree ini. akan datang lg dugaan2 Mu Ya Allah. aku redha jika aku harus laluinya lagi. sekurang-kurangnya, aku sudah bersedia.

telah ku limpahkan syukur-syukur kepada-Mu ya Tuhan. alangkah jika mama dan babah di sini. ya, sebentar lagi. berkobar-kobar utk menyampaikan pesanan ini. alangkah gembiranya hati ini, Kau sahaja yg tahu.

walaupun tidak sehebat teman yg lain, peningkatan dlm peperiksaan kali ni telah membuka pintu semngat aku utk mendapat lebih dr yg ada skrg. berilah aku kekuatan utk semua dugaan-Mu lagi. sejarak lagi utk aku menamatkan perjalanan degree ini. InsyaAllah. berikan keizinan-Mu ya Tuhan.

adam, muizz, farah, kita dah berusaha sehabisnya. jika kita jatuh, bangunlah. dan ingat, ada yg pernah jatuh terduduk sehingga hilang semua semngat utk bangkit lagi. ada yg hilang kenikmatan alam belajar krn emosi mangawal akal krn kejatuhan. aku melalui semua tu. aku hilang satu keyakinan utk percaya pd diri aku sendri. peningkatan yg aku miliki skrg, bukan shj usaha aku sndri, bukan sahaja berkat doa2 kita bersama, bahkan kalian juga menjadi tulang belakang utk aku bangun semula.

tahniah sahabat di atas kejayaan kita bersama. Tahniah.

iri hati dgn keputusan org lain, aku cemburu dgn kejayaan org lain. merasakan aku tidak berguna langsung utk keluarga, bahkan tidak dpt menjadi contoh utk org lain. aku malu. hari ni, aku perolehi salah satu aku impikan. walaupun pada aku masih tidak memadai, tp cukup utk membanggakan aku. terima kasih kawan2.

syukur pada-Mu Tuhan. Alhamdulillah.